Kejadian memandu melawan arus di jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita. Malah boleh dikatakan setiap beberapa bulan sekali pasti ada sahaja netizen yang berkongsikan perkara sedemikian berlaku.

Sama juga dengan isu kereta yang menggunakan lorong motosikal di beberapa lebuh raya dalam negara. Walaupun tidak sekerap kejadian melawan arus namun ia juga masih berlaku.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Dan kali ini untuk membuatkan perkara menjadi semakin teruk, kedua-duanya berlaku dalam masa yang sama- melawan arus dan (kereta) menggunakan lorong yang disediakan khas untuk motosikal.

Capture

dua dalam satu. melawan arus di lorong motosikal

Dalam video tular yang dikongsikan di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS pada semalam, kereta berwarna putih tersebut dirakam melawan arus di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Mid Valley.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang penunggang motosikal yang sedang menggunakan laluan tersebut dan tambah mengejutkan kereta tersebut tiba-tiba sahaja keluar daripada terowong dan hampir merempuh pengguna lorong yang lain.

Anda boleh menonton perkongsian penuh kejadian tersebut melalui perkongsian video yang disediakan di bawah.

Rakaman dari GoPro helmet kes kemalangan berlaku pada 19 Ogos 2020 l/kurang jam 1530hrs-1600hrs di Lebuhraya Persekutuan…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Friday, 21 August 2020

Kenapa lawan arus?

Masih tertanya-tanya kenapa kejadian ini berlaku? Cuba anda perhatikan di saat 0.38 dalam video tersebut dan apa yang anda akan dapat lihat adalah sebuah motosikal yang juga datang dari arah berlawanan.

Capture1

Perhatikan motosikal yang juga datang dari arah berlawanan.

Pergerakan motosikal yang berada di hadapan kereta putih ini akan menjelaskan sebenarnya apa yang berlaku menurut komen salah seorang netizen yang berkongsikan tangkap layar individu yang dikatakan turut terlibat dalam kejadian tersebut seperti di bawah.

Posted by Zulhilmi Hanafiah on Friday, 21 August 2020

Menurut komen tersebut, kereta putih dipercayai model Vios itu difahamkan menggunakan laluan motosikal untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun setibanya di roundabout berhampiran kawasan Mid Valley pemandu itu dikatakan tersekat.

Tidak mahu menjadikan keadaan lebih teruk, inidividu tersebut kemudiannya meminta agar kereta itu berpatah balik kerana laluan yang sempit di hadapan.

“Saya pun bawa kereta itu keluar dari jalan itu, saya melawan arus untuk beri isyarat kecemasan supaya motor dihadapan (perakam) berhati-hati.

“Sampai dekat terowong tu apa boleh buat, abang naik motosikal biru tidak sempat brek lalu terus melanggar dinding yang berhampiran kuil,” jelasnya.

Dia juga menambah tidak boleh berhenti di tempat kejadian ketika itu kerana risau motosikal di hadapan akan menjadi mangsa seterusnya. Beliau bagaimanapun sempat berpatah balik untuk melihat keadaan mangsa selepas berjaya ‘menghantar’ kereta tersebut memasuki Lebuh Raya Persekutuan namun mangsa sudah ketika itu sudah beredar dari tempat kejadian.

Komen tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihannya dan hanya boleh dijadikan rujukan untuk memahami apa yang berlaku memandangkan pengirim asal hantaran tersebut meminta netizen untuk menjelaskan apa yang berlaku dan komen tersebut ditinggalkan bagi memberi penjelasan sebenar.

Tonton juga kemalangan dua dalam satu yang dirakam berlaku di simpang keluar sebuah lebuh raya sebelum ini yang turut tular di pautan di bawah. 

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Sanggup ‘U-Turn’ Untuk Bertengkar, Aksi Penunggang Motosikal Ini Buat Netizen Marah

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Anda Mungkin Suka