Pada ketika ini hampir seluruh jalan raya di Malaysia sesak dengan kenderaan kerana orang ramai sudah mula menuju ke kampung halaman masing-masing.

Tular dua rakaman dashcam daripada kenderaan berbeza di mana seorang penunggang motosikal dibiarkan begitu sahaja di atas jalan raya oleh pemandu Proton Exora yang didakwa orang ramai menjadi punca kepada kemalangan di KM24.5 MMR2 menghala ke Ampang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam rakaman video itu, sebuah Proton Exora sudah memberikan signal untuk masuk ke lorong kanan jalan. Dalam sekelip mata, datang sebuah motosikal di antara lorong kanan dan tengah meluru ke hadapan merempuh bahagian hadapan kanan MPV tersebut, lalu terjatuh ke jalan raya menuju ke pembahagi jalan.

https://twitter.com/anthraxxx781/status/1519878584898560000?s=20&t=pY0c6nQ5661Tr2d0PEMH2A

Sejurus perlanggaran itu berlaku, beberapa penunggang motosikal serta pemandu kenderaan lain memberhentikan kenderaan masing-masing untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa.

Bagaimanapun, pemandu Proton Exora itu membelok semula ke lorong tengah dan meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan penunggang motosikal yang sudah terbaring kesakitan di atas jalan raya.

Pengguna media sosial yang menonton kedua-dua video itu berasa marah dengan tindakan pemandu itu yang tidak bertanggungjawab selepas menjadi punca kemalangan itu berlaku.

https://twitter.com/DahliaAmeen/status/1519923580880187394?s=20&t=pY0c6nQ5661Tr2d0PEMH2A

Ada juga warganet yang berpendapat insiden itu berlaku disebabkan penunggang  itu membawa motosikalnya dengan laju, andaikata dia membawanya dengan perlahan, mungkin dia masih sempat membrek kecemasan bagi mengurangkan impak perlanggaran.

Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku selepas itu kerana rakaman video dashcam dikongsikan dalam durasi yang pendek. Semoga video-video bukti yang tular ini dapat menyelesaikan isu kedua-dua belah pihak dengan berhemah.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Seorang penunggang motosikal memarahi pengguna jalan raya lain setelah berlaku kemalangan walaupun lelaki itu sendiri cuai tidak menjaga jarak semasa trafik dalam keadaan sesak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gara-Gara Tidak Sempat Brek, Penunggang Motosikal ‘Naik Angin’ Dakwa Lancer Jadi Punca Perlanggaran

Langgar Lampu Isyarat Merah Depan Sekolah, Ativa Kena ‘Sebat’ Dengan Kakak RELA

‘Mana Rasa Malu?’ – Netizen Persoalkan Pemilik Kenderaan Yang Sanggup Tampal Sticker Berunsur Lucah

Sumber