Affleck dikatakan sudah melepaskan watak Batman yang dipegang beliau selama ini untuk memberi peluang kepada pelakon muda untuk memegang watak berkenaan.

Pada mulanya, Affleck sepatutnya membintangi dan mengarah filem solo Batman namun, Affleck dilucutkan daripada mengarahkan filem tersebut dan digantikan dengan Matt Reeves meskipun skrip telah siap ditulis oleh Affleck. Pihak produksi filem solo Batman juga dikhabarkan tidak akan menggunakan jalan cerita yang telah ditulis Affleck.

201911141041192625
HYPE
Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei
Baca lagi →

Kini, Warner Bros akan mencari pengganti baharu untuk Affleck dan memegang watak Batman. Berkemungkinan Warner Bros akan memilih pelakon yang akan diuji bakat dalam masa terdekat.

Harapan untuk karya sekuel Justice League 2 semakin samar dengan ketiadaan Ben Affleck. Siapa yang anda rasa layak untuk jadi Batman yang seterusnya?

Anda Mungkin Suka