Rata-rata netizen terutamanya para gadis kini lebih memilih calon suami yang mempunyai ketinggian 180cm ke atas dan menunjukkan sisi kematangan gentleman persis oppa Korea yang pastinya menjadi kegilaan ramai.

Tidak semua jejaka Korea berjaya mencapai ketinggian pada 180cm dan uniknya ada antara mereka juga belum berjaya mencapai akil baligh walaupun sudah lewat 30an. Bagi yang belum mengetahui, penyakit ini digelar sebagai ‘Highlander Syndrome’.

Percaya atau tidak, penyakit tidak mencapai akil baligh ini benar-benar berlaku pada seorang jejaka Korea bernama Shin Hyo Myung atau digelar sebagai Peter Pan of Korea yang kini berusia 32 tahun.

Comel dan mempunyai baby face

Hyomyung-Shin

Jika dilihat dari segi tubuh badan, rupa paras, suara dan ketinggian Shin, sememangnya saling tidak tumpah seperti kanak-kanak yang baru sahaja berusia 12 tahun.

Uniknya, pada kad pengenalan milik beliau jelas membuktikan bahawa Shin telah dilahirkan pada tahun 1989 namun beliau masih tidak memiliki kematangan seorang lelaki normal. Suaranya juga tidak bernada besar dan paling rare, penyakit yang beliau hadapi ini masih berjaya mengekalkan baby face, tidak bermisai serta tidak berjerawat persis kecomelan seorang kanak-kanak bawah umur.

unnamed (3)
Shin mendedahkan kad pengenalan beliau. Sumber: Koreaboo

Tumbesaran terbantut pada usia remaja

Memetik laporan Koreaboo, Shin dahulunya dikatakan seperti kanak-kanak yang normal. Difahamkan, tumbesaran beliau mula terhenti dan tidak akil baligh sebaik sahaja melangkah masuk ke alam remaja. Beliau kini hanya berjaya mencapai ketinggian pada 163cm.

Walaupun proses akil baligh beliau terencat, namun ia bukan penghalang bagi Shin untuk tidak menjalani kehidupan jejaka Korea yang normal seperti menari di kelab malam dan minum minuman keras seperti soju.

unnamed (4)
Shin mendedahkan kepada media bahawa soju merupakan minuman kegemaran belaiu. Sumber: Koreaboo

Makeover untuk tampil matang namun tidak berjaya

Terdahulu, Shin pernah ditemu ramah dalam sebuah rancangan TV tempatan. Paling mengujakan, beliau dipaksa digayakan makeover oleh kru produksi untuk menampakkan sisi kematangan pada Shin. Namun, sayangnya makeover tersebut tidak berhasil untuk menujukkan sisi kematangan Shin.

unnamed (5)
Makeover untuk menjadikan Shin tampil matang. Sumber: Koreaboo

Selepas makeover, Shin kemudiannya dibawa ke sebuah temu janji bersama wanita tempatan di sebuah restoran. Dalam janji temu tersebut wanita berkenaan memberikan reaksi dengan mencubit pipi tembam Shin dan seolah-olah tidak percaya bahawa Shin sudah pun berumur lebih daripada 20 tahun.

Khabarnya, Shin lebih meminati wanita yang mempunyai rupa paras persis pelakon Hollywood juga Black Widow dalam filem Marvel iaitu Scarlett Johanson. Bukti jelas menunjukkan sebaik sahaja pihak produksi rancangan tersebut berjaya mengesan poster pelakon jelita berkenaan ditampal dalam bilik tidur Shin.

“Kesihatan tubuh badan yang miliki saat ini sudah memadai biarpun saya tidak mencapai kematangan. Asalkan rupa paras saya masih comel dengan pipi yang tembam dan kulit wajah yang berseri,” ujarnya dalam rancangan TV tersebut.

Iktibar daripada kisah ini, kita mestilah bersyukur bahawa kita semua telah dikurniakan proses akil baligh yang mencerminkan perubahan zaman kanak-kanak yang telah mendewasakan kita.

Baca lagi mengenai kisah lelaki ini yang berpuasa selama 382 hari demi kurus dan kesihatan tubuh badan melalui klik pada pautan di bawah.

382 Hari Berpuasa, Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Berat Badan Sebanyak 125 Kilogram

 

 

Sumber