Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

HIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan serta mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. Paling parah pada tahap akhir jangkitan virus ini boleh menyebabkan AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit).

Umum tahu bahawa masih tiada lagi penawar bagi menyembuhkan pesakit yang terjangkiti HIV atau AIDS ini. Namun begitu, pada Mac tahun 2019 lalu, seorang lelaki warganegara England, bernama Adam Castillejo, 40 tahun, disahkan sebagai individu kedua di dunia yang bebas daripada jangkitan virus HIV, lapor halaman BBC.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Tidak bergantung kepada ubat-ubatan

Difahamkan, Adam tidak sembuh menerusi pengambilan ubat-ubatan HIV sebaliknya dia hanya menjalani rawatan pemindahan sel stem (stem cell) yang digunakan untuk merawat penyakit kanser lymphoma yang dihidapinya.

Bagi yang belum tahu, stem cell merupakan sejenis sel di dalam badan yang berfungsi untuk menjana semula sel-sel darah dan tisu pada organ manusia. Stem cell ini biasanya diambil melalui sum-sum tulang manusia.

Siapa sangka, dengan hanya melakukan rawatan pemindahan sel setem ini, sistem ketahanan badan Adam menjadi kuat sekaligus dapat membantunya melawan jangkitan virus HIV. Kini beliau dilaporkan bebas daripada virus HIV sepenuhnya.

“Kejadian ini sungguh unik bagi saya dan secara rendah diri saya ingin memaklumkan kepada umum bahawa saya sudi menjadi ‘ikon’ untuk memberikan harapan kepada pejuang HIV di luar sana.

“Namun begitu, saya juga tidak mahu orang anggap bahawa saya merupakan insan yang terpilih untuk sembuh daripada penyakit ini kerana ia merupakan takdir yang tidak boleh dinafikan,” ujarnya menerusi satu temu bual bersama NY Times.

Positif HIV sejak usia 23 tahun

merlin_169948782_d35b8cdc-65c9-4ac0-801b-5f93b1ae2ef7-mobileMasterAt3x

Sumber: NY Times

Difahamkan, Adam telah disahkan positif HIV sejak berusia 23 tahun. Apabila menerima khabar berita tersebut, dia mula panik dan di dalam fikirannya hanya ada perkataan ‘kematian’. Dia pada ketika itu hanya bergantung sepenuhnya kepada kasih sayang ibunya selepas ayahnya dilaporkan meninggal dunia semasa dia kecil lagi.

“Saya masih ingat di mana pada ketika itu ada seorang doktor yang mengesahkan saya terjangkiti HIV, virus yang boleh menyebabkan kematian.

“Khabar berita tersebut telah membuatkan saya menjadi trauma dan itu adalah pengalaman yang sangat menakutkan yang pernah saya lalui,” katanya lagi.

Sentiasa positif walaupun terkena kanser dan HIV

Walaupun ditakdirkan untuk mendapat HIV, namun Adam masih boleh berfikiran positif dan menjalani kehidupan seperti biasa dan bekerja sebagai cef di sebuah restoran terkemuka di London. Selepas beberapa tahun bertarung nyawa melawan HIV, pada 2011, Adam sekali lagi diuji dan dia disahkan menghidapi kanser lymphoma tahap 4 selepas mendapat tahu semasa menjalani rawatan susulan di sebuah klinik.

“Sehingga hari ini saya masih tidak melupakan reaksi saya apabila mengetahui khabar duka tersebut. Malah sekali lagi perkataan ‘kematian’ muncul dalam fikiran saya.

“Mental saya terganggu dan sepertinya tiada sinar harapan untuk saya meneruskan kehidupan,” jelasnya lagi.

Doktor menjangkakan Adam tidak mampu bertahan lama

BeFunky-collage

Dr. Gabreil dan Dr.Gupta. Sumber: NY Times

Pada 2015, nyawa Adam dijangkakan tidak mampu bertahan lama angkara dua penyakit kronik yang dihidapinya itu. Difahamkan, hanya ada satu cara yang terakhir untuk memulihkan kanser lymphoma selain ubat iaitu rawatan pemindahan stem cell tulang belakang. Namun doktornya melarang dan tindakan ini berisiko terutamanya bagi pesakit HIV.

Namun sahabatnya, Peter masih tidak berputus asa dan sentiasa mencari di internet berkaitan klinik perubatan yang terbaik untuk merawat Adam. Mereka berdua akhirnya bertemu dengan Dr. Gabriel dan Dr. Gupta, dua orang doktor yang pakar dalam bidang rawatan pemindahan stem cell tulang belakang.

Menjalani pemindahan stem cell sum-sum tulang belakang

Adam Castillejo, known in the scientific literature as the London Patient, in London’s East End, March 1, 2020. (Andrew Testa/The New York Times)

Sumber: Today Online

Setelah menerima rawatan tersebut, pada Oktober, 2017, Adam mengambil keputusan untuk berhenti makan ubat antiretrovial (ubat tahan sakit HIV). Selepas 17 bulan, pada Mac 2019, Dr. Gupta telah mengesahkan bahawa Adam sudah sembuh sepenuhnya daripada HIV menerusi rawatan pemindahan stem cell tulang belakang.

Lantaran itu, ia menjadi satu khabar gembira dan perbualan media di seluruh dunia. Kini, Adam merupakan individu kedua yang telah bebas daripada HIV selepas Timothy Ray Brown. warganegara Berli yang sembuh daripada HIV dengan rawatan yang sama pada tahun 2008.

Malah, Adam juga menjadi seorang ikon yang memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penggunaan stem cell khususnya dalam mengubati pesakit kanser. Walau bagaimanapun, rawatan ini hanya disyorkan kepada para pesakit kanser dan masih tiada bukti kukuh untuk dijadikan penawar bagi mengubati pesakit HIV.

Kisah gadis ini yang bertahan melawan kanser tahap 4 curi perhatian netizen. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kisah Gadis Ini ‘Survive’ Daripada Kanser Tahap 4 Curi Perhatian Netizen

7 Filem Ikonik Yang Dilakonkan Chadwick Boseman Sepanjang Menghidap Kanser

Wanita Ini Kongsi Kisah Pengorbanan Ayahnya Yang Sanggup Jadi ‘Eksperimen’ Untuk Rawatan Kanser

 

 

 

 

Anda Mungkin Suka