Baru-baru ini, tularnya kisah pengorbanan pendakwah Ustaz Ebit Liew yang memberikan sumbangan 100 unit tablet kepada para pelajar yang lebih memerlukan untuk menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sehubungan dengan tularnya khabar berita tersebut, timbul satu rasa syukur oleh salah seorang pengguna Facebook bernama Iqbal Rosali di mana beliau serta ahli keluarga dahulunya sempat merasai inisiatif pemberian netbook 1Malaysia secara percuma yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan terdahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Mengenang murninya pengorbanan pendakwah Ustaz Ebit Liew yang menderma tablet bagi mereka yang memerlukan, saya teringat zaman adik bongsu saya di bangku sekolah menengah 10 tahun yang lepas”

“Masa itu keluarga kami kategori B40, mak pula ibu tunggal, jadi adik saya yang masa itu sekolah di tingkatan 4 bertuah sebab mendapat bantuan laptop 1Malaysia” ujar Iqbal Rosali menerusi perkongsian status Facebook yang dimuat naik oleh beliau pada 23 Januari lalu.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini pihak kerajaan pernah mengadakan inisiatif pemberian netbook 1Malaysia secara percuma kepada para pelajar sekolah menengah yang terpilih. Namun, inisiatif ini dipandang rendah oleh orang ramai disebabkan logo 1Malaysia yang dilekatkan pada netbook yang mencerminkan kualiti spesifikasi yang rendah.

“Ramai yang tertawa dengan brand 1Malaysia dan pengasasnya, tapi netbook inilah yang banyak membantu orang ramai. Netbook ini bukan inisiatif rakyat, tapi kerajaan yang beri percuma dan saya percaya ramai lagi yang menerima manfaat yang sama,” tambah Iqbal lagi.

Netbook ini tahan lama juga sampai adik saya sambung belajar ke UiTM pun masih guna. Setakat melakukan tugasan menaip masih boleh tapi bukan untuk edit gambar pakai photoshop.”

Memang tidak dinafikan, inisiatif pemberian netbook 1Malaysia ini mampu mengurangkan beban keluarga B40 untuk membeli perkakas komputer sebagai keperluan utama untuk pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi para pelajar universiti.

“Ya, saya akui netbook ini kadang-kala lag dan bukan jenis yang canggih. Tapi kita harus bersyukur sebab bukan senang kerajaan nak bagi. Tapi itulah, bila dah dapat, ada juga yang memperlekehkan netbook yang tidak berjenama ini. Tapi bagi kami, netbook macam ini sudah tersangat okay,” tambah Iqbal menerusi status Facebook beliau.

Dalam penulisannya itu, Iqbal juga menzahirkan jutaan terima kasih dengan menyertakan tag pada profil Facebook rasmi Dato Seri Najib Abdul Razak, bekas perdana menteri juga pengasas bagi inisiatif pemberian netbook 1Malaysia ini.

Perasaan terharu mula hadir sebaik sahaja Dato Seri Najib Abdul Razak membalas status Facebook Iqbal Rosali dengan kapsyen “Walaupun bukan jenama terkenal, netbook itu mampu bertahan lama”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Dato Seri Najib atas inisiatif pemberian netbook 1Malaysia ini.

Memandangkan sekarang ini pembelajaran secara online menjadi keutamaan, berharap pihak kerajaan sudi mengembalikan inisiatif pemberian netbook sebegini sebagai kemudahan PdPR bagi para pelajar yang memerlukan.

Sementara itu, pendakwah Ustaz Ebit Liew menerima lebih 40,000 mesej selepas umum 100 tablet percuma. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Ebit Lew Terima Lebih 40,000 Mesej Selepas Umum 100 Tablet Percuma Buat Pelajar