Pada tahun lalu, Apple berjaya mencipta fenomena apabila melancarkan siri iPhone 12 tanpa kehadiran charger atau pengecas bersama. Inovasi yang dibuat secara tidak langsung menjadi buah mulut dan troll kepada beberapa jenama lain.

Meski menjadi bahan tawa, inovasi yang dibuat Apple dalam usaha untuk menjaga alam sekitar tidak menunggu lama sebelum ditiru jenama-jenama telefon pintar yang lain seperti Samsung dan Xiaomi.

Walaupun niat kedua-dua jenama ini mahu turut serta selamatkan alam sekitar, tidak dinafikan Samsung dan Xiaomi secara rasminya telah meniru langkah yang terlebih dahulu dilakukan Apple.

xiaomi-lei-jun-joyo-bezos

Terbaharu, CEO Xiaomi, Lei Jun menjelaskan Xiaomi sebenarnya tidak meniru Apple. Malah, idea untuk tidak menyertakan pengecas bermula sejak 2015 namun baru sahaja berjaya direalisasikan sehingga pelancaran model terbaru mereka iaitu Xiaomi Mi 11.

Difahamkan idea tidak menyertakan pengecasan bersama telefon pintar ini didapati sewaktu Xiaomi berpindah ke pejabat yang baharu di mana beliau lihat kotak-kotak pengecas dibuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan.

Bermula daripada dituduh tiru, kini CEO Xiaomi telah menjelaskan segalanya. Persoalannya, mengapakah Xiaomi yang dikenali dengan syarikat yang pantas menawarkan inovasi dan teknologi ini mengambil masa yang begitu lama sehingga lima tahun untuk merealisasikannya. Adakah Xiaomi sememangnya mahu tiru Apple atau sekadar gimik daripada Lei Jun?

Untuk pengetahuan, para pembeli diberi pilihan untuk mendapatkan Xiaomi Mi 11 dengan pengecas bersama atau sebaliknya pada harga yang sama.

Pembeli Xiaomi Mi 11 Diberi Pilihan Dapatkan ‘Charger’ Bersama Atau Sebaliknya Pada Harga Yang Sama

Xiaomi Perkenalkan ‘Charger’ 20W Khas Buat Pengguna iPhone 12 Serendah RM24

Anda Mungkin Suka