Baru-baru ini tular dua rakaman video memaparkan lambakan bungkusan barang sebuah syarikat kurier ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah di Kuala Selangor.

Dua video berdurasi 0.16 saat dan 0.26 saat itu menunjukkan lambakan bungkusan barang itu yang sebahagiannya masih berbungkus dan berada di dalam guni tertera nama sebuah syarikat kurier membuatkan netizen berang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerut laporan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tengah, Saharudin Zam Zam berkata, kejadian pembuangan bungkusan itu mula dikesan di kampung berkenaan sejak kelmarin.

Malah, beliau turut mengesahkan kejadian ini selepas melihat sendiri lambakan bungkusan yang dianggarkan 80 peratus tertera logo sebuah syarikat kurier. Walau bagaimanapun, longgokan bungkusan itu telah dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui sama ada bungkusan terbabit mengandungi barangan pelanggan atau bungkusan kosong yang sengaja dibuang. Malah beliau juga tidak pasti motif sama ada bungkusan yang dibuang itu ada unsur sabotaj atau khianat pihak lain.

Difahamkan, beliau telah menghubungi syarikat kurier dan bertemu sendiri dengan kakitangan syarikat kurier di pejabat cawangan berhampiran tetapi beliau dimaklumkan barangan tersebut bukan milik syarikat kurier tersebut. Tiada laporan polis dibuat kerana tidak mahu menuduh mana-mana pihak. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Ini Semua Wayang Sahaja’- Golongan Antivaksin Tidak Percaya Perdana Menteri Terima Suntikan Vaksin

Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka, Kanak-Kanak Berusia Satu Tahun ‘Dikompaun’ RM100

Rentas Negeri Demi Hadir ‘Wedding’ Sahabat Dan Langgar SOP, Influencer Ini Dicari Pihak Polis

Sumber