Sejak mulai wabak COVID-19 menyerang Amerika Syarikat, negara ini seolah tidak menunjukkan penurunan angka kes positif. Merekodkan lebih 20,000 kes sehari membuatkan orang ramai bukan sahaja di Amerika Syarikat malah seluruh dunia risau dengan keadaan yang menimpa negara ini.

Di sebalik peningkatan kes COVID-19, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump nampaknya mempunyai sudah mulai bersedia untuk menghentikan operasi lockdown di beberapa negeri dalam Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
26509670-0-image-a-75_1585350327871
Sumber: Daily Mail

Negeri terawal yang bakal menghentikan lockdown ini adalah Texas dan Vermont dimana kedua-dua negeri ini dibenarkan beroperasi seperti biasa bermula Isnin ini.

Menurut Donald Trump, kedua-dua negeri ini sudah cukup menunjukkan angka yang positif dan sudah mencapai kemuncak sekaligus membolehkan orang ramai menjalankan perniagaan dan beroperasi seperti biasa. Beliau turut mengumumkan Amerika Syarikat berjaya menangani krisis COVID-19 yang berlaku lebih baik berbanding beberapa negara lain kecuali Jerman.

Dilaporkan di Austin, Texas, telah berlaku sebuah himpunan dimana orang ramai mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka bekerja semula.

Setakat ini Amerika Syarikat sudah merekodkan lebih 675,000 kes COVID-19 dengan jumlah kematian mencecah 35,000 orang. Melihat kepada situasi semasa Amerika Syarikat serta tindakan yang dibuat, kemungkinan besar negara ini bakal mengambil tempoh yang lebih lama dalam usaha memutukan rangkaian COVID-19.

Pada minggu lalu, Donald Trump telah menamakan Vince Mcmahon sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat. Beliau juga berharap jumlah kematian kes COVID-19 di Amerika Syarikat tidak melebihi 100,000.

Donald Trump Namakan Bintang WWE, Vince McMahon Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Sumber