Sekumpulan pemuda telah melawat satu kawasan yang diibaratkan “syurga” tersembunyi di Malaysia yang digelar “blue lagoon”. Mereka mengambil masa dua jam meredah hutan untuk sampai ke air terjun. Seperti yang anda lihat dalam video, air terjun ini berwarna biru kehijauan dan berbentuk seakan seakan kolam mandi, cukup dalam untuk terjun. Air terjun seperti kolam ini pasti memberi pengalaman berenang dan menenangkan diri yang sangat menarik kepada pengunjung.

Air terjun ini terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor. Kawasan ini adalah kawasan larangan dan dijaga oleh renjer hutan. Pengunjung perlu mendapatkan kebenaran khas atau permit untuk memasuki “syurga” ini. Kawasan ini juga menjadi tempat penyelidikan bagi pelajar pelajar UPM. Kami berharap anda semua bijak untuk menjaga dan menghormati alam dan hutan yang cantik seperti ini. Mohon tidak merosakkannya. Pergi Sungai Chilling sudah cukup.

https://www.youtube.com/watch?v=a_J8ygvOtP8

Follow @thevocket di Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤