Ramai orang mempunyai kereta impian tersendiri, lebih-lebih lagi ianya berjenama mewah dan berprestasi tinggi. Sekaligus ia boleh meningkatkan imej kehebatan seseorang individu di hadapan mata orang ramai.

Namun bagi pelabur, usahawan burger dan pemilik kelab bola sepak The Red Warriors (TRW), ZamSaham yang memiliki sebuah kereta mewah buatan Jerman, Porsche Panamera, beliau berpendapat masih ada kelemahan semasa menggunakan kereta sportcar tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Antara kelemahan kereta ini adalah tidak boleh naik bukit dan tiada 4×4. Harap maaf. Hanya boleh melaram tepi bukit sahaja,” petik hantaran Facebook ZAMSAHAM.

Hantaran Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang mencadangkan beliau mendapatkan beberapa jenis kenderaan yang bersesuaian untuk dibawa ke kawasan dusunnya pada masa akan datang, seperti Land Rover Defender, Ford Ranger Raptor dan Range Rover SVR.

Pada masa sama, ada yang meninggalkan komen jenaka yang menyatakan kereta sportcar seperti ini hanya sesuai untuk naik kawasan-kawasan ‘bukit’ seperti Bukit Bintang, Bukit Kiara, Bukit Damansara dan Bukit Antarabangsa.

Sumber Gambar: Facebook ZAMSAHAM
Sumber Gambar: Facebook ZAMSAHAM
Sumber Gambar: Facebook ZAMSAHAM

“Saham kena kaw-kaw naik. Ada rezeki nanti. Now Nissan Navara ok la,” jawab beliau apabila diberikan pendapat untuk mendapatkan kenderaan yang boleh digunakan pada kawasan off-road.

ZamSaham berkongsi hantaran Facebook itu selepas beliau singgah ke kawasan rumah dusun miliknya bersama ahli keluarga baru-baru ini.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.