Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah memaklumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 6 hingga 17 Mei 2021.

Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di 6 daerah dikenakan PKP di Selangor. 6 Daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Katanya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuat kuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

“Menteri Besar (Amirudin Shari) dan (Majlis Keselamatan Negeri) MKN Selangor telah membentangkan cadangan kepada MKN untuk laksanakan PKP,” katanya pada sidang media harian Covid-19 hari ini.

Jelas Ismail Sabri, pelaksanaan PKP ini perlu dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan. Untuk maklumat lanjut berkenaan SOP bagi daerah yang dikenakan PKP, boleh klik di sini.

Ini beberapa isu berkenaan pelanggaran SOP yang tular di media sosial sebelum ini. Baca pada pautan di bawah.

Instafamous Didakwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk ?

Ini Pencerahan Siti Nurhaliza Selepas Wujud Dakwaan Individu Ternama Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik

Tidak Mampu Bayar Kompaun RM50,000, Peniaga Di Kelantan Ini Rela Kedai Runcit Disita