Nama Amerul Affendi tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dirinya memiliki bakat besar dalam dunia lakonan. Tidak kekok membawa pelbagai watak, menjadikan setiap watak dalam lakonannya nampak ‘real’ dan berseni.

Akan tetapi, terdapat perkara yang mengejutkan didedahkan oleh Amerul Affendi sendiri menerusi media sosial Twitternya. Menurut beliau, pihak TV dikatakan hanya akan pertimbangkan untuk mengambil beliau berlakon jika pengikut Instagramnya mencecah 500,000 pengikut.

Tidak mahu ambil jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram, beliau telah meminta pendapat netizen cara yang boleh dilakukan olehnya. Berikutan itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya dan percaya akan kebolehan bakat yang dimiliki oleh Amerul.

https://twitter.com/dazzledinie/status/1286909385269100544

Malah, selebriti terkenal seperti Bront Palarae dan Sharifah Amani turut memberikan kata-kata semangat untuk dirinya. Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan rasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Menurut anda, wajar atau tidak bakat dilihat dengan bilangan populariti di media sosial?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Amerul Affendi yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah. 

Pelakon Berbakat Ini Bela Kerbau Dan Tanam Pisang Demi Masa Depan

Teater ‘Mona Ke Daerah M’ Angkat Kanak-Kanak Sebagai Pelakon Utama