Nama Amerul Affendi tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dirinya memiliki bakat besar dalam dunia lakonan. Tidak kekok membawa pelbagai watak, menjadikan setiap watak dalam lakonannya nampak ‘real’ dan berseni.
Akan tetapi, terdapat perkara yang mengejutkan didedahkan oleh Amerul Affendi sendiri menerusi media sosial Twitternya. Menurut beliau, pihak TV dikatakan hanya akan pertimbangkan untuk mengambil beliau berlakon jika pengikut Instagramnya mencecah 500,000 pengikut.
IG baru ada 100k followers.
Maknanya lambat lagi lah station tv nak ambik berlakon dalam produksi mereka. Sebab depa kata 500k baru dipertimbangkan.
Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak station tv pulak. Bukan ke tu berdosa?
Jadi apa patut saya buat? 🙇🏽♂️🤷🏽♂️ pic.twitter.com/F9dZfUYZYR
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) July 24, 2020
Tidak mahu ambil jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram, beliau telah meminta pendapat netizen cara yang boleh dilakukan olehnya. Berikutan itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya dan percaya akan kebolehan bakat yang dimiliki oleh Amerul.
x masuk akal betul station tv ni.. org tgk bakat bkn follower.. depa x tau ka bakat @Amerul_Affendi ni mcm mana.. x boleh cari punya kat mana² pelakon yg followers beribu² tuu.. x pa klu depa x pandang,kami peminat setia ni sentiasa ada kat belakang abg @Amerul_Affendi💪💪💪
— ℳιsнιNσCʀγ (@pidossiti) July 24, 2020
Sebab begitulah kenyataannya di zaman ini.. selamat datang ke zaman Millennium.
Semoga tabah generi di zaman ini dan seterusnya..🙋🏾♂️🤦🏾♂️
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) July 24, 2020
https://twitter.com/dazzledinie/status/1286909385269100544
Malah, selebriti terkenal seperti Bront Palarae dan Sharifah Amani turut memberikan kata-kata semangat untuk dirinya. Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan rasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.
This is why you have to follow your favourite actors on instagram. Not enough followers = No job = Not enough money to take care of your family. Ye tak masuk akal tapi benda nie memang terjadi. 😓😓 https://t.co/zBSkFb4DLs
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) July 25, 2020
Patut bersyukur, bro. Tak keluar tv tp masih di sayangi & di hormati. Tuhan jaga mu dari noda & goda.
Jangan tergoda 😘
— Bront Palarae (@Bront_Palarae) July 24, 2020
Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Menurut anda, wajar atau tidak bakat dilihat dengan bilangan populariti di media sosial?
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Amerul Affendi yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah.
Pelakon Berbakat Ini Bela Kerbau Dan Tanam Pisang Demi Masa Depan
Teater ‘Mona Ke Daerah M’ Angkat Kanak-Kanak Sebagai Pelakon Utama