Squid Game merupakan siri yang sedang ‘trending’ di Netflix ketika ini dan masih menjadi bualan netizen di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh @syazwanevans di TikTok jadi bualan apabila memaparkan gelagat dua orang bermain ddakji di stesen MRT Pasar Seni. Situasi ini seperti dalam siri Squid Game ketika saat mahu merekrut peserta untuk sertai pertandingan dengan bermain dan mendapatkan wang.

@syazwanevans

Do you guys wanna play #SquidGame for money? 😱 #Netflix #fyp #tiktokmalaysia

♬ MONEY – 리사 (LISA)

Menerusi video tersebut, skill pemain dan penganjur boleh dikatakan tidak berbakat dalam permainan ddakji menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, selama sejam berlangsung masih tidak menemui pemenang dan ddakji terlihat dilempar tidak mengena ddakji lawan hanyalah ke lantai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dan juga mahu sertai permainan tersebut. Malah, ada juga netizen mengatakan jika beginilah skill penganjur dan pemain pasti tidak ada pemenang sehingga ke akhir.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga mengatakan ada sesuatu yang ‘kurang’ iaitu mereka lupa untuk menampar pihak yang kalah. Akan tetapi, bagaimana mahu menampar jika tiada pemenang dapat diputuskan. Jika anda berjumpa dengan penganjur, adakah anda mahu mencuba ‘nasib’ bermain permainan ini?

Tahukah anda, ada yang mendakwa Squid Game tiru filem Jepun? Klik pautan dibawah untuk ketahui lanjut.

Penonton Mula Dakwa Squid Game Tiru Filem Jepun Tahun 2014

4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix