Pelik tetapi ia benar berlaku. Tahukah anda sebuah restoran di Thailand ini masih menggunakan kuah sup yang sama sejak 46 tahun yang lalu untuk hasilkan menu popular di restoran tersebut?

Pemilik restoran Wattana Panich, Nattapong Kaweenuntawong berkata bahawa kerak-kerak sup yang terkumpul merupakan satu resipi rahsia yang menjadikan rasa bihun sup di restorannya rasa sedap dan unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Periuk tersebut digunakan untuk mereneh bihun sup daging atau orang Thailand memanggilnya neua tune .

“Hampir 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini beroperasi sehinggalah ke hari ini, kami tidak pernah membuang kuah sup. Ia akan disimpan semula bagi dijadikan bahan asas untuk sup kami untuk hari esok,” Kaweenuntawong menjelaskan kepada media pada tahun 2019.

THAI

Kaweenuntawong menjelaskan kuah supnya yang berusia 45 tahun tersebut mempunyai ‘aroma dan rasa yang unik’. Menariknya, selama kedai tersebut beroperasi, tiada pelanggan yang pernah jatuh sakit atau mengalami keracunan makanan disebabkan supnya yang berusia hampir separuh abad itu.

“Apabila kami habis berniaga, kami akan terus memanaskan sup itu untuk semalaman dengan api yang perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan apa yang perlu untuk menghasilkan sup itu.”

Untuk menghasilkan sup bagi neua tune, bahan utama yang diperlukan semestinya kuah sup lama, daging lembu, perut lembu, bebola daging, daun sup dan bihun. Sungguh unik masakan Thai yang satu ini. Paling penting adalah supnya itu yang menyedapkan rasa bihun kata Kaweenuntawong.

Kaweenuntawong juga turut dibantu oleh ibu dan isterinya dalam memajukan restoran ini. Lelaki yang berusia 40 tahun ini dikatakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan restoran unik itu.

Sungguh tidak disangkakan rupa-rupanya wujud resepi makanan yang unik dan ‘rare’ seperti ini di dunia. Jika sup ini halal, sanggup atau tidak anda mencubanya?

Ini pula beberapa artikel berkaitan makanan lain yang menjadi bualan di media sosial. Baca lagi pada pautan di bawah.

Eksklusif Dan ‘Viral’, Burger Bersalut Emas 24 Karat Berharga RM460 Ini Buat Netizen Tidak Senang Duduk

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

Basah Atau Kering? Cara Masakan Sebenar Char Kuay Teow Cetus Perdebatan Di Twitter

Sumber