Kerajaan Israel dilaporkan telah mengerahkan badan perisikannya, Mossad untuk membantu mereka dalam membeli kit ujian coronavirus dari negara-negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel – mereka turut meminta bantuan dari negara-negara Arab dan Muslim.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Sindo News pada Sabtu lalu, Israel dilaporkan sedang berada di dalam krisis kekurangan peralatan perubatan bagi membantu rakyat mereka yang dijangkiti wabak COVID-19.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Oleh disebabkan itu, kedutaan besar Israel dan Mossad dikerahkan tenaga mereka untuk mencari semua peralatan perubatan di negara-negara luar, termasuk negara muslim.

Netanyahu dilaporkan menggunakan kepakaran Mossad kerana organisasi ini mempunyai hubungan yang meluas dengan negara luar bagi mencari peralatan perubatan.

Mata-mata di negara luar pula turut melaporkan gerakan Zionis yang mula mendekati negara-negara Arab dan Muslim yang mempunyai pasukan perubatan yang ramai, namun akan menjadi masalah buat Israel kerana mereka tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Mossad dikatakan sudah berjaya membeli 100,000 kit ujian COVID-19 yang sudah tiba di Israel, Khamis lalu. Badan perisikan itu hanya memberi sedikit komen kepada wartawan ketika ditanya.

Namun dilaporkan, Mossad melakukan kerja sia-sia kerana membeli 100,000 kit ujian tersebut sedangkan apa yang Kementerian Kesihatan Israel mahukan adalah tabung ujian yang boleh mengumpulkan sampel pesakit COVID-19 dalam jumlah yang banyak.

Pejabat Netanyahu mempertahankan tindakan Mossad dengan menyatakan bahawa peralatan perubatan yang sudah dibeli akan digunakan untuk keperluan lain.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah untuk membaca.

Enam Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Panik Wabak COVID-19 Menular Di Sepanyol, Harga ‘Face Mask’ Melambung Kepada RM1,419

COVID-19 Mengganas Di Itali, 627 Orang Meninggal Dunia Dalam Masa 24 Jam

Anda Mungkin Suka