Setiap pemandu kenderaan mempunyai egonya yang tersendiri, ada kalanya egonya direndahkan walaupun berlaku hal besar. Namun, apabila berlaku perkara kecil, egonya meninggi sehingga menyebabkan kesusahan kepada pengguna jalan raya lain.

Tular satu rakaman video berlaku satu kekecohan di sebuah jalan sehala di Seng Poh Road, Tiong Bahru, Singapura apabila seorang pemandu Rolls-Royce Phantom memberhentikan kenderaan lalu mengamuk di tengah-tengah jalan mendakwa keretanya tidak muat untuk melalui jalan tersebut apabila ada sebuah BMW X5 gagal meletakkan kenderaan di dalam kotak parkir.

Tindakan pemandu kereta mewah itu menyebabkan terdapat beberapa buah kenderaan lain terpaksa beratur panjang di belakangnya sementara ‘menunggu’ isu itu segera diselesaikan.

Sewaktu kejadian berlaku, ada seorang wanita mat salleh cuba meredakan keadaan walaupun pemandu itu mengamuk hilang pertimbangan. Wanita itu memujuk dengan sopan agar pemandu itu cuba lalu jalan tersebut perlahan-lahan sambil dibantu orang lain.

“Anda pasti boleh lepas? Kalau berlanggar, awak nak bayar ke?” marah lelaki itu berkali-kali apabila diminta untuk menggerakkan keretanya kerana menghalang laluan tersebut.

Hantaran video itu telah mendapat perhatian warganet dari Singapura dan Malaysia yang cukup bengang melihat tindakan pemandu itu yang nampak kurang matang dan menjengkelkan walaupun memandu kereta mewah.

Tambah netizen dari Malaysia lagi, dengan ruang sebesar itu, kebiasaannya pemandu bas, lori atau 4×4 di sini masih mahu cuba menyelit melepasi laluan sebegitu.

https://twitter.com/beemybaebee/status/1507159263642529795?s=20&t=M3m9b8AF1GTshSt64J0xzQ

Sumber Gambar: Facebook SG Road Vigilante
Sumber Gambar: Facebook SG Road Vigilante

Manakala warganet dari Singapura pula berpendapat daripada gaya lelaki yang menjengkel itu, dia bukanlah pemilik Rolls-Royce terbabit, boleh jadi dia hanyalah seorang jurujual atau pemandu yang ditugaskan untuk membawa kereta mewah itu kepada pemiliknya sebenar.

Jadi tidak hairanlah dia sanggup memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan dan mengamuk kerana tidak mahu kereta mewah itu terlanggar kereta BMW itu di sebelah kirinya atau pembahagi jalan di sebelah kanannya pula.

Seorang pemilik Myvi warganet terkejut apabila memuat naik gambar dan video steering asal keretanya diubahsuai guna rekaan persis F1. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tindakan Pemilik Myvi Guna ‘Steering Potong’ Berharga RM2,500 Undang Pelbagai Reaksi

Sangka Kereta Sendiri Lebih Laju, Pemandu Mercedes ‘Koyak’ Selepas Cicir Ditinggalkan Nissan GT-R

Kes PemanduĀ Kereta Pukul Penunggang Basikal, Suspek Dakwa Mangsa Mulakan Pergaduhan Dahulu

Sumber