Kecoh sebelum ini apabila Pulau Komodo dikatakan akan ditutup pada tahun hadapan selama setahun. Penutupan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pemulihan dan memastikan keindahan semula jadi tempat tersebut terpelihara.

Namun, nampaknya kerajaan Indonesia mahu mengubah fikiran tentang perkara tersebut. Mereka akan membenarkan pelancong tetapi bayaran keahlian tahunan dengan harga premium perlu dibayar terlebih dahulu. Setiap pelancong yang mahu ke sana perlu membayar USD500 (~RM2,000) untuk yuran tersebut. Tetapi, ada yang berkata kemungkinan besar harga untuk yuran tersebut boleh mencecah USD1,000 (~RM4,146).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
penutupan-taman-nasional-komodo-hanya-wacana-atau-berbasis-riset-TTUt7lalSB
Sumber: Google

Sebagai perbandingan, pelancong hanya dikenakan bayaran sebanyak $10 (~RM41.86) sahaja sebelum ini jika mahu habitat komodo di pulau berkenaan. Wakil menteri pelancongan Indonesia, Guntur Sakti berkata pulau tersebut bakal ditukar menjadi ‘destinasi premium’ tanpa membuat sebarang kenyataan lanjut tentang perkara berkenaan.

Apakah pandangan anda mengenai harga baharu yang diperkenalkan ini? Baca artikel berkaitan penutupan Pulau Komodo di bawah ini.

Pulau Komodo Di Indonesia Bakal Ditutup Pada 2020

Taman Nasional Komodo Di Indonesia Bakal Ditutup Selama Setahun

Sumber