Jika sebelum ini tular isu mengenai imam di Indonesia yang sanggup mengimamkan solat terawih meskipun dijangkiti wabak COVID-19, lain ceritanya pada kali ini apabila sebuah daerah di Gowa, Sulawesi Selatan sedia mengenakan tindakan memecat pegawai kerajaan yang tidak fasih membaca Al-Quran.

Muncul sebagai daerah pertama di Indonesia yang mengenakan undang-undang seperti ini, seramai 76 pegawai kerajaan beragama Islam di Pejabat Daerah Gowa telah diuji bacaan mereka dimana 14 daripada gagal untuk membaca Al-Quran dengan fasih.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
indonesia-bertauhid-ocEpT2tKX5c-unsplash-1024×1024

Sumber: Celik Al-Quran

Dalam usaha untuk memberi peluang kepada pegawai kerajaan yang gagal, Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan sedia memberikan tempoh selama enam bulan buat 14 individu ini menguasai bacaan Al-Quran dengan baik. Individu-individu yang masih lagi gagal untuk melancarkan bacaan bakal dipecat.

Difahamkan ujian kefasihan membaca Al-Quran ini dijalankan sebagai syarat bagi kenaikan jawatan dalam pelbagai jabatan di Pejabat Daerah Gowa. Perlaksanaan undang-undang ini secara tidak langsung memastikan kesemua pegawai mereka yang beragama Islam fasih dalam membaca Al-Quran.

Sebuah cara yang unik bagi pentadbiran Gowa melancarkan inisiatif yang penuh mulia ini.

Kes di Indonesia dilaporkan meningkat pada Mei lalu selepas terdapat warga Indonesia yang memilih untuk pulang ke kampung meskipun membawa wabak COVID-19.

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Imam Di Indonesia Nekad Ke Masjid Untuk Pimpin Solat Terawih, Tidak Percaya Dirinya Positif COVID-19

Anda Mungkin Suka