Walaupun dunia sudah masuk tahun baharu, namun ada segelintir penunggang motosikal masih melakukan ‘tabiat lama’ seperti penyalahgunaan lorong plaza tol.

Baru-baru ini seorang pemandu rasa kurang senang dengan tindakan empat penunggang motosikal yang nampak seperti superbike, tetapi bukan, ‘menyelit’ di bahagian kiri ketika pemandu mahu melalui lorong tol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa pemandu menyentuh kad Touch n’ Go, penunggang pertama segera memecut sejurus palang dibuka walaupun terdapat kon menghalang di hadapan. Ketika pemandu mula membelok sedikit ke kiri untuk ke tepi jalan, penunggang kedua dan ketiga tetap memecut ‘menyelit’ walaupun ruangan sudah mula sempit.

Selepas pemandu melepasi tol, rakaman dashcam belakang menunjukkan penunggang keempat menundukkan kepalanya mengelak daripada terkena palang yang turun untuk menutup laluan.

Kemudian, ketika pemandu mahu masuk ke simpang berhampiran plaza tol berkenaan penunggang keempat itu memotong kiri kereta, nyaris boleh berlaku perlanggaran.

Kejadian yang berlaku di Plaza Tol Kajang Selatan pada pukul 9.30 malam, sehari sebelum tahun baharu itu turut mengundang rasa kurang senang terhadap netizen juga.

Tambah netizen lagi, sudahlah guna motosikal jenis Yamaha R15 atau R25, namun cara mereka ‘berlagak’ seolah-olah membawa motosikal berkuasa tinggi.

Orang ramai turut meminta pihak plaza tol dapat berbuat sesuatu bagi mengelakkan segelintir penunggang motosikal terus menyalahgunakan lorong tol sehingga ada kes di mana kenderaan dihempap palang dan ada yang terus melanggar palang yang menutup laluan tol.