Sebelum anda membuat tempahan di sesuatu penginapan, pasti anda akan membaca ‘review’ terlebih dahulu, bukan? Manalah tahu tempat itu ‘berhantu’ atau tidak menepati citarasa anda.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @smfhazirah telah berkongsi pengalaman mistik yang dihadapinya dan keluarga apabila menginap di sebuah Airbnb di Heathrow, London.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, pemilihan penginapan itu dibuat oleh ayahnya dan tempat itu dipilih kerana berdekatan dengan lapangan terbang. Ceritanya bermula apabila mereka sedang di dalam Uber dimana anak buahnya diberikan dua buah patung mainan, sebuah ada bateri dan sebuah lagi tiada.

Selepas tiba di penginapan mereka, gadis itu sempat bergurau dengan kakaknya apabila terdapat sebuah bilik yang berkunci di dalam rumah tersebut dan berseloroh mengatakan kemungkinan ada mayat atau barang bukti pembunuhan di dalamnya.

Sumber: 1MDb

Gangguan dialami gadis itu pada jam 2 pagi apabila tiba-tiba patung yang diberikan oleh pemandu Uber tadi bersuara seperti dalam filem Chucky. Keesokan harinya, gadis tersebut memeriksa patung berkenaan dan terkejutnya apabila patung itu tidak mempunyai sebarang voiceline yang boleh membuatkan patung tersebut berbunyi.

Bukan itu sahaja, kakak iparnya juga memberitahu dia telah memadamkan suis patung berkenaan kerana risau ia akan bising ketika mereka sedang tidur. Malah, ibunya turut mengatakan berdepan dengan sesuatu yang lebih menyeramkan ketika dia sedang berehat dalam biliknya menunggu bapanya mandi.

Tambahnya, bapa kepada gadis itu mengatakan sudah membaca ‘review’ rumah itu dan mendedahkan bahawa rumah tersebut memang berhantu tetapi dia teruskan menyewa tempat penginapan tersebut.