Sebut sahaja tentang perkahwinan, pasti anda terbayang gambar-gambar perkahwinan di tepi pantai dan taman, bukan?

Terbaharu, kecoh di media sossial apabila tular beberapa keping gambar seorang wanita berbusana pengantin di tanah perkuburan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pihak.

photo_2019-11-05_23-31-54

Rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan iaitu bergambar di tanah perkuburan. Malah, netizen juga mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, netizen juga beranggapan bahawa pihak yang photoshoot di tanah perkuburan tersebut tidak beradab dan tidak menghormati sensitiviti agama orang lain.

https://twitter.com/JelitaAmyra/status/1191689348468494336

https://twitter.com/amirgrievous/status/1191679311784210432

Untuk pengetahuan anda, gambar tersebut dimuat naik sendiri oleh pemilik butik dan perkongsian telah dipadam berikutan kecaman hebat ramai pihak. Malah, pemilik tersebut telah meminta maaf menerusi perkongsian daripada Harian Metro.

Menurutnya lagi, gambar tersebut dikatakan hanya sebagai koleksi peribadi dan tidak sangka akan tular sedemikian. Rata-rata netizen menyerang Facebook milik beliau meminta agar beliau memohon maaf secara terbuka kepada keluarga-keluarga si mati di tanah perkuburan tersebut.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadamkan setelah menerima kecaman. Apa pandangan anda mengenai isu ini? Adakah anda juga terkejut dengan gambar-gambar yang diambil?

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel yang viral. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Lelaki Ini Kecewa Hutan Di Gombak Jadi Tempat Pelupusan Haram Sampah Dan Beg Foodpanda

Lelaki Ini Dedah Cara Restoran Ikan Bakar ‘Halal’ Popular Di Korea Perdaya Pelancong Malaysia

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Yang Ditemui Di Perairan Malaysia