Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat anak muda semakin ramai yang mulai memilih untuk menjadi streamer sebagai kerjaya. Hobi dan minat bermain game serta mempunyai perwatakan yang menarik membuatkan orang ramai menonton streaming mereka bermain game.

Malah, terdapat para streamer yang sudah berjaya mencipta nama serta memperoleh wang yang banyak dan berkereta mewah menerusi kerjaya ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, di sebalik komuniti yang disukai ramai, tular sekali lagi seorang streamer yang sebelum ini pernah popular selepas merayu sumbangan RM300 daripada para penonton dengan iklan untuk mencari jodoh buat dirinya sendiri.

Meskipun niat untuk mencari jodoh adalah sesuatu yang baik, usaha Kidal dalam mencari jodoh dengan membuat streaming individu yang dikenali secara suai kenal melalui video call serta pendedahan profail Facebook kepada umum nampaknya kurang disenangi netizen.

Kurang disenangi netizen

Hal ini kerana suai kenal seharusnya dijalankan dengan penuh privasi dan bukanlah ditayangkan bersama para viewers yang ramai. Berikut merupakan respon netizen mengenai tindakan beliau yang menjalankan streaming sewaktu sesi suai kenal melalui media sosial.

Screenshot 2020-12-02 at 2.52.31 PM

Screenshot 2020-12-02 at 3.10.55 PM

Difahamkan terdapat individu yang beliau suai kenal kurang senang dengan tindakan beliau seterusnya memuat naik sebuah status sebelum dipadam beberapa jam kemudian. Kidal seterusnya menjalankan sebuah lagi live streaming bersama peminat dalam menjelaskan tindakannya.

Di sebalik kecaman yang diterima, beliau masih lagi mendapat sokongan daripada peminatnya yang menganggap tindakan beliau tidak menyalahi undang-undang.

Screenshot 2020-12-02 at 3.20.10 PM

Kongsikan pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah dibenarkan untuk seseorang individu menjalankan streaming dengan mengenali anda serta membuka profail Facebook anda secara terbuka atau sebaliknya?

Pada bulan lalu, streamer yang pernah mengecam Soloz ini telah menerima hadiah daripada Soloz selepas tampil membuat rayuan sumbangan daripada penonton sewaktu streaming.

‘Streamer’ Ucap Terima Kasih Selepas Rayuan Sumbangan RM300 Daripada Penonton Tercapai

‘Humble’ Dan Menghiburkan, Ini Sebabnya Soloz Berjaya Menjadi ‘Streamer’ Paling Popular Malaysia