Drama Melur Untuk Firdaus bukan sahaja mencipta fenomena di Malaysia tetapi juga trending di negara seberang, Indonesia. Meerqeen dan Anna Jobling juga disambut seperti bintang terkenal ketika tiba di Indonesia baru-baru ini.

Ketika ini, Meerqeen dan juga Anna berada di Indonesia bagi memenuhi undangan sesi temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV dan juga sesi bertemu peminat. Akan tetapi, sebuah video yang dikongsikan oleh pelawak Indonesia, Kiky Saputri bersama Meerqeen telah mengundang bualan ramai orang.

Menerusi video terbabit, dapat dilihat Meerqeen mencium Kiky dan pelawak terbabit juga membalas ciuman di pipi Meerqeen. Malah, video tersebut juga dikongsikan kembali oleh ramai orang di media sosial.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mengundang kecaman netizen. Rata-rata peminat turut berasa kecewa melihat tindakan Meerqeen yang tidak menjaga batas dan menyifatkan dia seolah-olah mengalami kejutan populariti.

Malah, ada segelintir netizen juga mahu ‘cancel’ Meerqeen’ kerana bertindak sedimikan rupa dan menghampakan hati para peminat yang menyokongnya.

Sementara itu, konsert Billie Eilish yang berlangsung semalam mendapat banyak ‘feedback’ negatif daripada penonton disebabkan pentas yang kecil. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Pentas Kecil Dan Terlalu Jauh, Penonton Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Konsert Billie Eilish

Gigih Beratur Seawal 4 Pagi Dan Berpanas, Peminat Billie Eilish Kongsi Keterujaan Hadiri Konsert