Nama Ismail Izzani tidak lagi perlu diperkenalkan dan pastinya ramai yang mengenali penyanyi yang cukup berbakat ini. Difahamkan, Ismail Izzani bakal hadir dengan lagu baharu iaitu ‘Ada Cara’ yang bakal menemui peminat pada hari ini.

Akan tetapi, mencuri perhatian netizen apabila rakaman video muzik Ada Cara itu dilakukan di sebuah gereja. Menurutnya, beliau sedar pemilihan lokasi penggambaran video muzik itu menyentuh ‘sensitiviti’ kepada penonton tetapi beliau berpegang kepada mesej yang mahu disampaikan menerusi lagu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CFo6svijSA8/

Menurut Ismail dalam satu kenyataan, beliau mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Pemilihan gereja adalah supaya orang faham konteks jalan cerita Ada Cara dimana menyentuh soal agama. Maka, beliau tidak rasa ada yang salah jalankan penggambaran di gereja.

Untuk pengetahuan anda, lagu Ada Cara merupakan hasil ciptaannya bersama komposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Kedua-dua komposer itu juga berperanan dalam penghasilan lirik bersama Mohd. Ariz dan Shaqiel Naufal termasuk Ismail.

Berikutan itu, rata-rata netizen ada yang mempersoalkan pemilihan lokasi video muzik ‘Ada Cara’ ini. Malah, ada juga yang tidak sabar mahu melihat hasilnya pada hari ini.

photo_2020-09-30_13-00-35

photo_2020-09-30_13-00-41

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Apa-apa pun, sama-sama kita lihat hasil video muzik lagu Ada Cara ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

T-Shirt Kedah Digayakan Pelakon Dalam Filem Tamil Buat Netizen Terhibur Dan Bangga

Dakwa Ayam Goreng McDonalds Berulat, Gadis Ini Mohon Maaf Dan Akui Sengaja Sebar Fitnah

Bermula Dengan Kedai Kopi Di Rumah, Pemuda Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Buka Kafe Sendiri

Sumber