Pada masa hari ini kebanyakkan pengguna jalan raya yang bergerak ke sesuatu lokasi berpandukan bantuan aplikasi Waze untuk mengelakkan kesesakan dan sampai pada masa lebih singkat.

Bagaimanapun adakalanya sistem teknologi itu tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga boleh menyebabkan kesukaran kepada pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang penunggang motosikal diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas 11 jam tersesat mengikut laluan yang diarahkan oleh Waze.

Menurut TikTok @markpik86, penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Wan’ mahu pulang ke Sepang dari Bukit Bunga, Kelantan. Bagaimanapun Waze telah membawanya ke beberapa laluan yang tidak pernah dilaluinya.

@markpik86

Wan Sesat 😔 #fypシ #berandatiktok #viral #bukitfrazer #fypシ゚viral #fypdongggggggg

♬ Satu Rasa Cinta – Andijul maruf

Antara laluan yang dilalui Wan, dari Raub ke Bukit Fraser, kemudian menembusi Hulu Selangor. Sejurus menerima live location yang diberikan oleh Wan, @markpik86 segera menuju ke lokasi tersebut.

“Alhamdulilah kita terus bergerak ke lokasi dia berikan. Dia masuk jalan kecil berliku gelap. Syukur dapat selisihnya dengan dia. tengok raut muka Wan, dia rasa bersyukur sangat-sangat,”  kata @markpik86.

Menurut Wan, dia bertolak dari Bukit Bunga pukul 3 petang. Ini bermakna dia sudah berada di atas motosikal kira-kira 11 jam lamanya yang mana perjalanan laluan itu didakwa selalunya cuma mengambil masa 5 jam sahaja.

Menurut netizen, mereka juga pernah ‘terkena’ perkara yang sama. Mereka dibawa ke laluan yang tidak pernah dilalui kemudian sampai di tempat yang kurang menyenangkan seperti tanah perkuburan, kawasan perumah terbiar atau di tepi hutan.

Sumber Gambar: TikTok @markpik86
Sumber Gambar: TikTok @markpik86
Sumber Gambar: TikTok @markpik86
Sumber Gambar: TikTok @markpik86

Dalam pada itu netizen mencadangkan agar menggunakan Google Maps berbanding Waze sekiranya mahu menggunakan aplikasi penunjuk arah pada waktu malam kerana data laluannya lebih baik.

Ada juga yang mencadangkan untuk set ikon pada Waze menggunakan kereta walaupun pengguna menunggang motosikal kerana aplikasi itu akan memberi petunjuk arah jalan terpintas yang boleh dilalui oleh motosikal seperti kawasan berhutan dan laluan kecil.

Sementara itu orang ramai turut mencadangkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan doa sebelum memulakan perjalan atau ketika sesat supaya dipermudahkan urusan untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.