Semalam tular video kegiatan sekumpulan lelaki Melayu yang menyamun seorang pemandu lelaki berbangsa Cina. Menerusi video tersebut, dapat dilihat aksi 4 orang suspek yang bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dan memukul serta menyamun mangsa.

Susulan kes tersebut, nama Joe Flizzow iaitu seorang rapper terkenal telah ‘trending’ di Twitter. Ini kerana, ada segelintir netizen yang mengatakan wajah suspek seiras wajah Joe Flizzow dan turut menjadikan ia sebagai bahan jenaka.

https://twitter.com/InjangNation/status/1383951985703997441

Perkara tersebut telah mendapat perhatian Joe Flizzow dan dalam satu video, beliau menegaskan bahawa bukan dirinya suspek kes samun seperti yang tular di media sosial.

Perkongsian Joe Flizzow mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut terhibur dengan video penafian yang dimuatnaik olehnya. Difahamkan, keempat-empat suspek samun tersebut telah ditahan pihak polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes ini disiasat mengikut seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Buat anda yang terlepas berita berkaitan kes samun tersebut, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Polis Tangkap 4 Suspek Kes Samun, Semuanya Disahkan Positif Dadah

Berang Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, ‘Pak Lebai’ Ini Bertindak Ugut Dan Cekik Pekerja Kedai