Jika kita merasakan diri kita sudah susah, sebenarnya ada lagi yang susah daripada kita. Andai kata kita tidak mampu membantu dengan sumbangan yang banyak, memadai kita menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pak Mail yang berniaga jemput-jemput 10 sen di Kluang, Johor jadi buah mulut orang ramai dan menyentuh hati rakyat Malaysia apabila beliau sanggup keluarkan duit simpanan untuk bantu mereka yang terjejas serta berniaga untuk bersedekah.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Pak Mail hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis jemput-jemput daripada pelbagai buah antaranya nangka, betik, jagung, nenas, tembikai susu dan sayur dan kesemuanya sehingga kini masih dijual dengan harga 10 sen sebiji.

Meskipun begitu, beliau tetap berfikiran optimis dan yakin rezeki itu semuanya daripada Tuhan dan perlu dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Pak Mail yang kini berumur 74 Tahun mengatakan bahawa aktiviti berniaga ini hanya sekadar mengisi masa lapang dan mampu menjual 2,000 ketul jemput-jemput sehari.

Malah, pada bulan Ramadan, jemput-jemput akan diberikan secara percuma sahaja kepada orang ramai. Andai kata anda berpeluang ke Kluang, Johor tetapi tidak singgah ke gerai Pak Mail ni memang rugi. Jangan lupa ke sini!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah inspirasi yang anda boleh baca pautan di bawah ini.

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Pernah Koma Selama 6 Bulan, Kisah Tidak Putus Asa Petugas Stesen Minyak Ini Sentuh Hati Netizen

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya

Anda Mungkin Suka