Beberapa hari lepas keseluruhan filem dan siri televisyen DC Comics secara rasminya memasuki era baharu dengan penjenamaan semula DC Films kepada DC Studios.

Sementara Warner Bros. terus berusaha mengembangkan DC Extended Universe (DCEU), studio itu masih berhadapan dengan kontroversi di sebalik tabir khususnya, pelakon wanita Amber Heard mengenai peranannya yang akan datang dalam Aquaman and the Lost Kingdom, sekuel filem Aquaman yang dinanti-nantikan tahun depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketika ini peminat masih tertanya-tanya adakah Amber Heard masih mempunyai tempat di dalam DC Universe yang baharu?

Selama bertahun-tahun, status DCEU sebenar Amber telah telah menjadi tanda tanya kepada peminat. Menerusi artikel epicstream, masa depan Amber Heard tidak lagi cerah seperti dahulu lagi.

Menurut artikel The Direct, Heard mendakwa bahawa selepas memainkan watak Mera diraja Atlantis dalam Aquaman 2018, Warner Bros. telah mengurangkan peranannya dalam Aquaman 2, serta dia meluahkan perasaannya bahawa studio itu ibarat tidak mahu membawanya kembali untuk filem tersebut.

Sementara itu, Warner Bros. dengan kesemua krew penerbitan menafikan perkara ini malah mengalu-alukan Heard kembali dengan tangan terbuka, serta mengambil kira situasi ini sejak beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini sumber dari DC scooper pula, Syl Abdul berkata, pelakon itu bukan sahaja diketepikan daripada penggambaran, malah pelakon baharu bagi watak Mera turut dikesan di set.

Ia susulan sesi reshoot untuk beberapa adegan Aquaman 2 sedang berlangsung pada ketika ini dan Amber tidak kelihatan di set. Abdul juga menyatakan bahawa identiti pelakon baharu itu mungkin sedang dirahsiakan, tetapi pihak Warner Bros masib berdiam tentang status Amber Heard dalam filem ini.

Minggu lalu, laporan daripada The Hollywood Reporter memberi kenyataan baharu mengenai rancangan masa depan syarikat produksi untuk DCEU yang kini dijenamakan semula tetapi yang menarik, status Amber tidak diberitahu kepada media.

Ketika ini Warner Bros. sedang membina semula francais dan semestinya mereka mahu menghapuskan sebarang faktor yang boleh menyebabkan kontroversi kembali memberi impak negatif kepada mereka. Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 25 Disember 2023.