Pada zaman kini, media sosial menjadi platform yang sangat terkenal untuk dimanfaatkan khusunya bagi golongan muda di mana mereka cenderung untuk berkongsikan perkemabangan semasa dan juga bertukar-tukar pandangan mengenai apa-apa sahaja.

Setiap hari mesti ada sahaja perkembangan terkini dan isu yang dibangkitkan di media sosial seperti baru-baru ini, isu pemakaian baju kelawar yang kecoh menjadi topik perbualan netizen di Twitter.

Ia menjadi topik perdebatan susulan ada sebilangan netizen yang berpendapat baju kelawar tidak sepatutnya dipakai apabila anda melangkah masuk ke dunia rumah tangga.

Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi ramai pihak dan rata-rata yang membalas telah menyuarakan pendapat di mana mereka tidak setuju dengan andaian bahawa pemakaian baju kelawar kelihatan tidak kemas atau nampak selekeh.

 

“Benda ni pun boleh jadi isu ke? kahwin sebab apa sebenarnya, saya tidak boleh tinggalkan baju kelawar dan kain batik,” komen netizen.

“Suami nak isteri cantik tapi suami pun pakai kain pelikat, tak pakai baju, perut menjejeh bawah lipatan pusat, bulu dada boleh buat ikat riben ada hati nak judge,” luah netizen.

Isu yang dianggap remeh

Rata-rata rakyat Malaysia tidak menyokong perkara tersebut namun terdapat beberapa pihak yang berpendapat bahawa walaupun isu tersebut kelihatan kecil tetapi ia boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan penceraian.

Salah seorang netizen yang meninggalkan komen di ciapan tersebut turut melampirkan keratan surat khabar yang menunjukkan alasan yang diberi oleh suami apabila ditanya bagaimana timbul isu penceraian.

“Benda tak mustahil boleh jadi. Tengok keratan akhbar ni, banyak diantaranya alasan yg tak masuk akal.

“Ada yang pernah dengar cerai sebab laki sakit, pastu bini dia tak bagi laki merokok. Kadang tengok benda ni remeh. Tapi ia benar-benar berlaku. Mungkin banyak lagi alasan pelik yg kita tak tahu,” jelas netizen di ruangan komen.

Seperti diketahui umum, baju tersebut amat tekenal di kalangan kaum hawa malah mereka memakainya kerana keselesaan baju tersebut. Jadi apabila terdapat isu yang membabitkan pemakaian baju tersebut apabila berada di rumah, perkara tersebut serta merta telah mengundang beberapa teguran atau nasihat oleh netizen di ruangan komen.

Baca perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang budak lelaki yang memakai baju kelawar bagi menyahut cabaran TikTok di McDonald. Baca pada pautan di bawah.

McD Tempat Makan Bukan Menari, Cabaran TikTok Ikut Permintaan Pengikut Undang Kecaman

Dakwa Laungan Azan Terlalu Kuat, ‘Iklan’ Syarikat Ini Undang Kemarahan Netizen

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

Sumber