Dengan ketinggian lebih 4,000 meter, Gunung Kinabalu di Sabah merupakan gunung tertinggi yang terdapat di Malaysia.

Walaupun dengan ketinggian yang mencecah sehingga 13,000 kaki dari paras laut, namun gunung kebanggaan rakyat Sabah dan Malaysia ini adalah merupakan salah satu gunung yang paling selamat untuk didaki di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi tidak hairanlah jika kita melihat ramai warga tempatan dan pelancong asing yang berpusu-pusu mendaki gunung yang mendapat namanya dari perkataan Kadazan iaitu “Aki Nabalu’.

Tetapi baru-baru ini tular satu perkongsian di Facebook oleh Siti Aminah Borhan yang mendaki Gunung Kinabalu dengan misi untuk menjadikan anak perempuan kesayangannya sebagai gadis termuda yang pernah mendaki Gunung Kinabalu.

“Akhirnya misi untuk pecahkan kan rekod “the youngest girl to scale MT Kinabalu tercapai !,” kongsi Aminah bersama pengikutnya di Facebook.

Dalam perkongsiannya itu, Siti Aminah memberitahu mereka berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 29 Januari lalu bersama anak perempuannya, Nurr Yuna Sofia Mohd Rizal.

Walaupun mengambil masa yang lebih lama dalam pendakiannya berbanding pendaki solo, namun dia menjelaskan anaknya tidak meragam untuk sebahagian besar perjalanannya.

“Tapi Sofia? Sangat memudahkan, hujan pun duduk diam dalam carrier. Berjam- jam dalam carrier, and dia pun jalan sendiri.

“Seolah dia faham , mummy dah sakit mentally and kaki semua,” kongsinya di Facebook.

Bukan saja dipermudahkan dengan telatah anaknya yang tidak meragam tetapi dia juga turut mendapat sokongan daripada pendaki-pendaki yang lain.

“Sampai Laban Rata 6.30pm , terus masuk dekat cafe dengan keadaan basah , semua orang mcm terpegun dan ada yang tepuk tangan , sebab nampak Sofia .

“Setiap kali berselisih dengan hikers ,semua bagi semangat dekat Sofia dan kami,” kongsinya.

sofiaa

Bagaimanapun, setelah tiba di Laban Rata untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke puncak, Siti Aminah memberitahu dia hampir-hampir saja membuat keputusan untuk berhenti walaupun pendakian ke puncak hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi.

“Dalam hati , tak pelah buat je untuk Sofia, lagi pun dah sampai sini. Kalau bukan sekarang ,bila lagi?” soalnya.

Berbekalkan semangat yang tinggi, beliau kemudiannya meneruskan perjalanan ke puncak dan berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada jam 5.55 pagi.

Bagaimanapun, setibanya di sana, Siti Aminah memberitahu dia tiba-tiba menjadi panik setelah anaknya menangis memandangkan keadaan ketika itu yang gelap dan sejuk.

“Yang tanya tentang keselamatan Sofia sebab ,long hours hiking dan puncak gunung terlalu sejuk takut Sofia hypothermia , jangan risau.

“Saya bukanlah berseorangan, saya bersama Dr Muaz, untuk memastikan Sofia dalam keadaan okay dan membantu kami dalam perjalanan,” jelasnya.

Netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga turut memuji keberanian dan kecekalan yang dipamerkan Siti Aminah dalam menjayakan misi untuk menjadikan Sofia sebagai antara pendaki termuda ke puncak Gunung Kinabalu.

comments

Semangat juang dan pengorbanan yang tinggi dipamerkan oleh Siti Aminah ini juga layak dicontohi walaupun bergelar seorang ibu dan mempunyai anak yang masih kecil namun masih mampu mendaki sehingga ke puncak.

Kami juga pernah berkongsi kisah seorang gadis yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa tidak sampai dua bulan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

 

Gadis Ini Kongsi Rahsia Hafal 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa Tidak Sampai Dua Bulan

Wanita Melayu Ini Kejutkan Ramai Dengan Kebolehan Membaca Berita Bahasa Mandarin

Wanita Yang Dipecat Kerana Belasah Pencuri Ditawar Kerja Oleh Presiden UFC

 

 

 

 

 

Sumber