Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila penyanyi terkenal, Cher membuat keputusan untuk membebaskan seekor gajah di Pakistan di mana gajah tersebut telah hidup berseorangan sejak kematian pasangannya pada tahun 2012.

Melalui portal People, difahamkan penyanyi dan pelakon yang  berusia 74 tahun telah berkempen selama bertahun-tahun bagi mengeluarkan ‘gajah paling sunyi’ tersebut, Kaavan dari Zoo Marghazar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan kerjasama ahli perniagaan Amerika Syarikat bernama Eric Margolis dan Kumpulan Antarabangsa Four Paws, penyanyi tersebut telah membantu dalam segi pembayaran bagi penempatan semula gajah tersebut melalui badan amalnya, “Free The Wild.”

Pada usia seawal satu tahun, Kaavan yang pada asalnya dari Sri Lanka telah diberi kepada pihak Pakistan sebagai hadiah. Gajah tersebut telah menghabiskan masanya berada di dalam kebun binatang yang bertempat di Islamabad, hanya dilengkapi dengan beberapa kemudahan bagi kesihatan fizikal dan mental haiwan tersebut.

Pada mulanya, Kaavan telah ditemani oleh gajah betina bernama Saheli yang dibawa masuk dari Bangladesh pada tahun 1990-an.

Namun selepas pasangannya itu didapati mati akibat penyakit sepsis pada tahun 2012, kelakuan Kaavan dilihat telah berubah. Gajah tersebut difahamkan sering marah dan mengamalkan diet yang tidak sihat.

Menerusi akaun twitter, Cher, beliau turut mengatakan bahawa perjalanan Kaavan dalam menuju kebebasan dari penawanan akan dipaparkan di dalam sebuah dokumentari saluran Smithsonian yang akan ditayangkan pada tahun 2021.

Dipindahkan ke tempat perlindungan haiwan di Kemboja

Bagi merealisasikan usaha tersebut, kumpulan Four Paws yang merangkumi sepasukan doktor haiwan dan pakar bagi kesejahteraan haiwan antarabangsa telah menghabiskan masa selama berbulan-bulan bagi mempersiapkan Kaavan dalam pemindahan gajah tersebut ke tempat perlindungan haiwan di Kemboja.

Four Paws telah disertai oleh anggota tentera, membawa Kaavan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, di mana sebuah pesawat Ilyushin Il-76 iaitu sebuah pesawat Rusia akan mengangkut gajah dan pasukan penyelamat ke Kemboja.

Ketua bagi Bahagian Komunikasi Four Paws memberitahu CBC News, pemindahan tersebut merupakan pemindahan yang terbesar yang pernah mereka lakukan malah pemindahan yang pertama menggunakan kapal terbang.

Walaupun sesi pemindahan ini dilakukan sewaktu pandemik, Kaavan telah menjalani ujian pra-penerbangan COVID-19 dan keputusannya kembali negatif.

Setibanya Kaavan di Tempat Perlindungan Hidupan Liar Kemboja di Siem Reap, gajah tersebut perlu menjalani kuarantin selama 30 hari di tapak yang seluas tiga hektar itu.

Setelah tempoh kuarantin Kaavan selesai, gajah tersebut akan ditempatkan di tempat yang luasnya merangkumi 25,000 ekar bersama-sama tiga gajah betina yang lain.

Baca juga perkongsian daripada kami mengenai niat murni Harith Iskander sebelum ini yang membela anjing berkaki dua namun dikecam netizen melalui pautan di bawah.

Niat Murni Harith Iskander Bela Anjing Berkaki Dua Dikecam Netizen

Lebih 30 Haiwan Terbunuh Selepas Zoo Terbakar Disebabkan Sambutan Tahun Baharu

Sumber