Setiap pemilik kereta seboleh-bolehnya tidak mahu kereta mereka mengalami kerosakan secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi apabila kereta tersebut baharu sahaja diterima dan belum puas dipandu.

Baru-baru ini tular isu mengenai bateri Proton X50 cepat ‘kong’ (habis) walaupun kereta itu baru sahaja dimiliki dalam tempoh masa yang singkat, ada yang baru menggunakannya dua bulan, ada juga baru sahaja mendapat SUV itu kurang satu bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook PX50CM

Perkongsian isu itu telah meraih perhatian ahli Facebook Proton X50 Community Malaysia yang terkejut membaca apa yang diperkongsikan oleh pemilik-pemilik X50 yang mengalami masalah berkenaan.

Bagaimanapun ramai yang berkongsi pendapat bahawa masalah bateri ‘kong’ mudah berlaku andai kata pintu kereta tidak dikunci selepas tidak memandu SUV tersebut.

Menurut mereka, jika pintu tidak dikunci kereta berkenaan masih dalam mod on-sleep di mana bahagian elektronik masih ‘berfungsi’ seperti biasa lalu boleh menyebabkan bateri kereta boleh berkurangan sehingga habis tanpa disedari.

Difahamkan ada segelintir pemilik Proton X50 sudah ‘terbiasa’ tidak mengunci pintu kereta apabila sudah meletakkan di dalam ruangan parkir rumah. Oleh sebab itu bateri kereta didakwa boleh berkurangan.

Sumber Gambar: Facebook PX50CM
Sumber Gambar: Facebook PX50CM
Sumber Gambar: Facebook PX50CM
Sumber Gambar: Facebook PX50CM
Sumber Gambar: Facebook PX50CM

Ada juga memberikan cadangan untuk memastikan kereta benar-benar telah tutup sepenuhnya, bolehlah cuba sambungkan hotspot internet kereta selepas enjin sudah dimatikan.

Jika wifi bersambung maknanya sistem masih belum ditutup sepenuhnya. Tetapi sekiranya wifi tidak dapat bersambung maknanya sistem kereta sudah berhenti beroperasi.

Setakat artikel ini ditulis pemilik-pemilik SUV X50 yang menghadapi masalah tersebut masih belum mendapat jawapan daripada pihak Proton mengapa isu seperti ini boleh terjadi.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.