Walaupun bergelar pelakon Gred A dan membintangi pelbagai filem hebat sejak beberapa tahun ini, Keanu Reeves mengakui hidupnya seperti lelaki single yang lain dan hidup ‘berseorangan’ tanpa teman wanita dalam hidupnya.

Kenyataan itu dibuat oleh Keanu ketika satu sesi temubual sekitar bulan Jun yang lalu. Ramai peminatnya yang bersimpati dengan Keanu Reeves dan berkata satu hari nanti, beliau pasti akan bertemu cinta sejatinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Keanuital/status/1133415624653312000

Peminat setia Keanu Reeves boleh tersenyum ketika ini kerana Keanu dilaporkan menghadiri majlis anugerah LACMA Art +Film di Los Angeles bersama seorang wanita, Alexandra Grant yang dikhabarkan adalah teman wanita Keanu Reeves.

Alexandra merupakan seorang artis dan mereka berdua dilihat sangat mesra ketika berjalan di acara karpet merah majlis tersebut. Dalam sejarah 35 tahun Keanu Reeves, beliau tidak pernah membawa mana-mana teman ketika menghadiri majlis karpet merah. Jadi, hubungan Keanu dan Alexandra dilihat serius dan Keanu tidak mahu menyembunyikannya.

Walaupun ramai yang gembira dengan berita ini, namun tetap ada juga yang tidak setuju dengan perhubungan Keanu dan Alexandra. Ada yang berpendapat Keanu boleh mendapat pasangan yang jauh lebih cantik, Alexandra nampak lebih tua berbanding Keanu dan pelbagai lagi tohmahan yang tidak sedap untuk dibaca.

Sebagai perbandingan, Usia Keanu Reeves adalah 55 tahun dan Alexandra pula berusia 46 tahun. Tetapi, peminat setia Keanu kembali mempertahankan hubungan antara Keanu dan Alexandra. Asalkan kedua-duanya gembira, mereka tidak perlu mendengar kata-kata buruk yang keluar daripada mulut peminat.

Walaupun Keanu Reeves sudah berpunya, namun beliau tetap menjadi rebutan antara DC Comics dan Marvel untuk muncul dalam filem mereka akan datang. Antara DC dan Marvel, mana satu yang Keanu akan pilih?

DC Comics Dan Marvel Kini Berebut Untuk Dapatkan Keanu Reeves

Keanu Reeves, Bintang Hollywood Yang Mengaku Hidupnya ‘Forever Alone’ Tanpa Kekasih

Sumber