Belum lagi reda isu syarikat judi mempromosikan aktiviti judi secara terang-terangan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, timbul pula sebuah syarikat yang turut tampil dengan modus operandi yang sama dalam mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan berjudi.

Menerusi muzik video raya daripada syarikat IBC003 ini, dapat dilihat jalan cerita yang sama turut ditampilkan di mana pelakon dengan imej Muslim ini mengalami masalah wang sehinggalah ‘mencuba’ berjudi dalam meraih wang berganda untuk raya dengan bahagia bersama pasangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Iklan yang dituju buat perayaan umat Islam ini nyata membuatkan para netizen bengang melihatkan syarikat ini dengan bebas mempromosikan judi tanpa mengira sensitiviti umat Islam. Berikut merupakan komen netizen mengenai syarikat muzik video raya daripada syarikat judi ini.

Screen Shot 2021-04-17 at 2.12.42 PM

Screen Shot 2021-04-17 at 2.12.13 PM

Screen Shot 2021-04-17 at 2.11.15 PM

Menerusi lambakan komen daripada para netizen, rata-ratanya bersetuju untuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan buat pihak produser, pelakon serta syarikat ini agar isu ini tidak lagi berulang.

Untuk pengetahuan, pihak polis telah membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengenai isu sebuah syarikat judi yang turut mempromosikan judi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketahui lebih lanjut mengenai iklan syarikat judi yang tular sebelum ini melalui penggunaan pelakon dengan imej Muslim.

Selamba Promosi Perjudian Sempena Aidilfitri, Iklan Syarikat Judi Ini Buat Netizen Bengang

Akui Terdesak Perlukan Wang, Pelakon Iklan ‘Tidak Sedar’ Promosi Aktiviti Judi Sempena Aidilfitri