Jika sebelum ini Zach King terpegun dengan skil Sofyank96, nampaknya Sofian sekali lagi berjaya membuatkanya Zach King tersenyum dengan karya videonya sempena Hari Krismas yang lalu.

Daripada 400 penyertaan, Sofian sekali lagi terpilih untuk video reaksi Zack King kali ini. Berbeza dengan video sebelum ini, Zach dilihat tersenyum dan salute dengan skil editing Sofian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sofian, jika anda menonton video ini, saya sukakan semua video anda. Ia terus membuatkan saya tersenyum. Video anda mempunyai kisah yang fun dan kerja anda sangat flawless. Itu yang menjadikannya seronok untuk ditonton,” komen ikhlas Zack King buat Sofian.

Sofian juga ternyata tersentuh dengan komen Zach King dan berkata komen berkenaan adalah yang paling bermakna bagi beliau untuk menutup tahun 2019.

Jika diberi peluang, Sofian mampu hasilkan sebuah karya yang hebat di masa akan datang. Ini pula kolaborasi khas Sofian bersama Will Smith sebelum ini.

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Lihat Zach King Sekali Lagi Terpegun Dengan Skil ‘Editing’ Sofyank96