Segala spekulasi terjawab apabila penyanyi, Fyna Jebat memaklumkan sudah sah menjadi isteri kepada bekas pengendali pasukan Penang FC dan Melaka United iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

Menurut sumber, adik kepada Ayda Jebat itu mengakui perkara tersebut semasa ditemui selepas beraksi dalam rancangan realiti Family Duo di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, dia menolak untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pernikahannya bersama Zainal Abidin.

Selain itu, Fyna menyatakan rasa kesyukurannya sudah bernikah dan berterima kasih kepada peminat yang memberi komen yang baik untuknya.

Bukan itu sahaja, dia turut berharap kesemua peminatnya mendoakannya dan keluarga termasuklah perjuangan bersama kakaknya, Ayda dalam program Family Duo.

Sebelum ini, media melaporkan bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama artis berusia 29 tahun.

Susulan itu, berita ini menggemparkan netizen, lalu membuat spekulasi dan ternyata adalah benar.

โ€œSaya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut tentang perkara ini untuk memastikan saya dapat memberi sepenuh tumpuan kepada program ini,โ€ katanya.

Malah, Ayda Jebat turut bersyukur dengan pernikahan adiknya dan berbangga kerana akhirnya Fyna membuka mulut mengenai perkara ini.

Sumber