Sejak Jumaaat yang lalu, tular video sebuah kereta Volvo yang melanggar kereta MyVi dalam keadaan melawan arus. Lebih memburukkan keadaan, pemandu Volvo berkenaan dilihat mahu berlalu pergi dari tempat kejadian.

Berdasarkan laporan Berita Harian, pemandu tersebut didapati positif dadah. Lelaki berkenaan telah ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

“Polis menerima maklumat mengenai video kemalangan yang tular di media sosial pada 8.32 pagi tadi (semalam). Polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari,” katanya.

Zulkefly berkata, ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah. “Berikutan itu, kita menahan suspek untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

GILA – GILA AA. PETANG2 GINI NI PUN LEH BANTAI MABUK!.Kejadian berlaku hari ini 4SEPT20, Jam 6.30 petang di Jalan Klang Lama menghala Kuala Lumpur.Kereta Volvo pandu lawan arah dan melanggar kereta Myvi Hitam.Ingatkan bergaduh, takutlah apa2kan nk g mengadap kereta ni. Cermin gelap xnampak apa2, Kot tiba-tiba keluar parang ke ape.Lepas beberapa saat gitu, Owner Volvo ni agaknya tengah nervous bila orang ramai datang, terus dia heret kereta Myvi tu.Bila keadaan dh slow skit, si Volvo buka pintu, Nah, satu kereta bau arak. Rupanya MABUK DIPETANG HARI.Tiada kemalangan jiwa, pemandu wanita Myvi hitam selamat tp dia sangat trauma.Lepas kejadian, si Volvo hitam ditahan orang ramai (tiada sesi pukul memukul) dan tunggu Polis datang utk tindakan selanjutnya.Moral of the story. ARAK ITU MEROSAKKAN JIWA, AKAL DAN FIKIRAN.

Posted by Amerul Izuwan on Friday, 4 September 2020

Sebelum ini, netizen beranggapan pemandu Volvo berkenaan hilang pertimbangan kerana mabuk. Orang ramai yang prihatin bertindak membantu wanita terbabit dengan memintanya keluar dari kenderaan manakala pemandu Volvo itu terus kekal berada di dalam kereta.

Ini pula kemalangan melibatkan penunggang motosikal akibat kereta yang salah masuk lorong. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Macam Tin Milo’, Ini Sebabnya Kereta Tempatan Sengaja Direka Untuk Mudah Kemek

Tiba-Tiba Keluar Dari Terowong, Lihat Aksi Berbahaya Kereta Ini Melawan Arus Di Lorong Motosikal

Penghantar Makanan Terpelanting Tinggi Selepas Kereta BMW Dihadapannya ‘Pancung’ Mengejut

Anda Mungkin Suka