Pasti ada daripada anda yang bekerja separuh masa ketika melanjutkan pelajaran untuk menampung perbelanjaan dan tidak mahu membebankan ibu bapa. Akan tetapi, ada juga yang terpaksa mengikat perut dengan menggunakan wang elaun yang diterima kerana kekangan masa tidak membolehkan mereka untuk bekerja separuh masa.

Terbaharu, Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai Uncle Kentang telah berkongsi di Facebook miliknya tentang keadaan seorang pelajar berusia 20 tahun terpaksa memakan sisa makanan pelanggan di restoran untuk menyara hidup semata-mata untuk berjimat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, pelajar tersebut hanya menerima RM100 sebulan untuk kos sara hidup dan tindakannya itu kerana tidak mahu membebankan ibu bapanya. Difahamkan, pelajar itu kerap dilihat menunggu di luar restoran makanan segera pada pukul 9 malam untuk melihat jika ada meja yang tertinggal.

Menurut beberapa kakitangan restoran, dia kadang-kadang menggigit tulang ayam jika sisa makanan tidak mengenyangkannya. Sesetengah kakitangan yang berasa kasihan akan memberikannya apa sahaja sisa restoran yang ada pada hari itu.

Uncle Kentang yang menemui pelajar tersebut mengatakan bahawa dia adalah pelajar tahun dua perubatan di universiti swasta dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang dengan mendapat 11A dalam SPM. Malah, pelajar itu menjelaskan bahawa yuran kursus perubatannya mahal iaitu berjumlah RM270,000.

Tambahnya, biasiswa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM250,000 yang diperolehnya tidak mencukupi untuk membantu. Pelajar tersebut juga berkata bapanya seorang pekerja sambilan dan ibunya seorang suri rumah di Melaka.

Disebabkan kekurangan pendapatan dan yuran pengajian yang mahal, pelajar itu tidak mahu meminta wang lebih dan lebih suka makan lebihan daripada membebankan ibu bapanya. Malah, abangnya kini turut menjalani kursus kejuruteraan di universiti tempatan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen persoalkan kenapa pelajar itu tidak bekerja separuh masa. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa mungkin selain pinjaman PTPTN, dia boleh meminta biasiswa JPA kerana keputusan SPM dia yang cemerlang.

Segelintir netizen yang bersimpati dengan nasib pelajar tersebut mahu menghulurkan bantuan kepadanya dan berharap dia akan dapat fokus belajar lalu berbakti kepada masyarakat selepas berjaya kelak.