Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tular satu rakaman video dashcam kejadian langgar lari selepas tol Batu 9 berhampiran Sri Raya Cheras pada pukul 10.50 malam semalam sehingga mengakibatkan sebuah Proton Saga hampir hilang kawalan lalu menghentam penghadang jalan.

Menurut pemandu Proton Saga itu, @likweis, kemalangan terbabit berlaku sekelip mata apabila ada sebuah Honda City berwarna biru di lorong tengah memecut ke hadapan lalu merempuh di bahagian sisi hadapan keretanya sehingga ada cermin sisi salah sebuah kenderaan tercabut dan jatuh ke atas jalan raya.

Sejurus kejadian tersebut berlaku, @likweis yang masih lagi dalam keadaan terkejut ketika waktu itu cuba mengejar Honda City terbabit untuk beberapa kilometer, namun ia memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Mangsa cuba mengesan nombor plat Honda City tersebut, bagaimanapun rakamanĀ dashcam yang kurang jelas dan agak kabur menyukarkan @likweis mendapatkan nombor plat kereta terbabit.

Menurut beberapa pengguna Twitter yang lain, mereka mencadangkan mangsa untuk mendapatkan rakaman video CCTV daripada pihak Plaza Tol Batu 9 untuk mengesan pemandu Honda City itu.

Tambah mereka lagi, kawasan selepas plaza tol memang menjadi satu ‘medan lumba’ oleh sesetengah pengguna jalan raya disebabkan laluannya yang agak lapang.

@likweis dan teman wanitanya yang sedang pulih daripada trauma meminta agar orang ramai yang berada semasa kejadian atau mempunyai info lanjut mengenai Honda City terbabit untuk menghubunginya pada kadar segera melalui Twitter miliknya.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dua pemandu wanita dipuji netizen apabila mereka menyelesaikan isu kemalangan di antara mereka dua dengan penuh berhemah sekali. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

ā€˜Siap Selfie Lagiā€™- Netizen Puji Dua Pemandu Wanita Tenang Selesaikan Isu Kemalangan

Netizen Dakwa Pemilik Ford Mustang Sengaja Berhenti Di Tengah Jalan Demi Konten

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring