Ahli parlimen dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini meluahkan kesukaran yang terpaksa dihadapi dirinya dalam memperkenalkan vaksin COVID-19 di negara ini.

Luahan itu dibuat selepas membaca komen-komen ditinggalkan netizen di hantaran Facebook dibuatnya ketika menjawab beberapa soalan tentang vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Berikut adalah beberapa contoh komen mengenai vaksin COVID-19 daripada Facebook saya.

“Ini menunjukkan cabaran komunikasi besar yang kita bakal hadapi apabila melancarkan program imunisasi di seluruh negara nanti,” luah beliau di Twitter.

Terdahulu, KJ dalam perkongsiannya di Facebook berkongsikan berita gembira apabila kerajaan menjangkakan bekalan awal vaksin bakal diperolehi pada suku pertama 2021.

Walaupun perkembangan vaksin itu disambut baik oleh sebahagian besar masyarakat, namun menerusi komen yang ditinggalkan netizen di hantarannya itu pula menunjukkan reaksi sebaliknya.

Cucuk menteri dahulu

photo6140996973885500246
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin
photo6140996973885500245
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin
photo6140996973885500244
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin
photo6140996973885500247
Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin

Bukan sahaja ada yang berkeras tidak mahu mengambil vaksin berkenaan, malah ada juga yang mempertikaikan langkah untuk memperkenalkan vaksin berkenaan.

Seperti yang dikatakan KJ di ciapan sebelum ini, mereka yang bertanggungjawab mengenai perkara itu bakal berhadapan dengan tugas penting dalam mendidik masyarakat mengenai perkara ini.

Bagaimanapun, memandangkan keutamaan untuk vaksin itu akan diberikan kepada 3% populasi meliputi para petugas barisan hadapan, mungkin pihak berwajib masih mempunyai masa untuk mendidik dan menjelaskan kepada mereka ini untuk setidak-tidaknya mempercayai vaksin COVID-19 yang bakal dikeluarkan nanti.

Jika tidak, ianya pasti akan menjadi lebih sukar untuk negara kita mengekang dan menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Malaysia bakal menjadi negara terawal yang menerima vaksin COVID – 19? Mari baca pautan dibawah.

Malaysia Bakal Menjadi Negara Terawal Terima Vaksin COVID-19

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’