Suhaimi Saad, seorang bekas anggota kumpulan nasyid InTeam dalam satu kenyataan di Instagram miliknya semalam mengumumkan bahawa beliau secara rasmi meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid.

Malah, Suhaimi juga meminta orang ramai tidak lagi menggelarkan dirinya sebagai ustaz dan akan menyekat pengikut yang memintanya menyanyikan lagu InTeam ketika sesi live.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CPnePlGh7hi/

Bukan itu sahaja, Suhaimi turut menegaskan dan memberi amaran kepada para haters supaya tidak lagi mengganggu hidupnya. Malah, bagi sesiapa yang masih berdegil, Suhaimi akan mengambil tindakan kelak seperti mengenakan kompaun atau menyekat mereka dari mengganggu hidupnya.

Untuk pengetahuan anda, Suhaimi Saad sebelum ini menegaskan dirinya menolak vaksin COVID-19 dan lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa berita berkaitan Suhaimi Saad pada pautan di bawah ini.

“Bertongkat Itu Sunnah Nabi” – Niat Suhaimi Saad Untuk Bertongkat Kini Tercapai

Ini Jawapan Sheikh Muszaphar Apabila Dicabar Bersumpah Perihal Bentuk Bumi