Jika sebelum ini kerap kita membaca mengenai segelintir rakyat yang ingkar dengan perintah lockdown, lain ceritanya dengan Brazil dimana presidennya, Jair Bolsonaro tidak mahu negaranya berada dalam lockdown meskipun merekodkan lebih 40,000 kes serta 2,500 kematian disebabkan wabak COVID-19.

Beliau yang pada minggu lalu telah memecat Menteri Kesihatan Brazil kerana menjalankan perintah lockdown turut menggesa pihak berkuasa untuk menghentikannya bagi mengelakkan ekonomi Brazil terus terjejas.

gettyimages-1210400537-1-

Dalam usaha untuk memastikan ‘perjuangan’ beliau berjaya, Jair Bolsonaro dilaporkan sanggup turun padang menyertai demonstrasi bersama 600 individu yang lain untuk menggesa perintah lockdown di Brazil dihentikan.

Menurut Jair Bolsonaro, apa yang beliau lakukan hanyalah demi rakyat. Di sebalik gesaan daripada Presiden Brazil, majoriti penduduk Brazil setakat ini masih lagi akur dengan perintah lockdown yang dijalankan meskipun menjejaskan ekonomi.

Ketahui lebih lanjut dengan tujuan Presiden Brazil memecat Menteri Kesihatan yang menjalankan perintah lockdown. Turut dikongsikan, 1,350 banduan di Brazil telah melarikan diri selepas sekatan lawatan dikenakan akibat COVID-19.

Presiden Brazil Pecat Menteri Kesihatan Kerana Menjalankan Perintah ‘Lockdown’

1,350 Banduan Di Brazil Melarikan Diri Selepas Sekatan Lawatan Dikenakan Akibat COVID-19

Sumber