Sekiranya anda seorang gamer atau mengikuti perkembangan teknologi semasa, pastinya anda cukup tahu dimana pada minggu ini Sony telah memperlihatkan rekaan Sony PlayStation 5 yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.

Pengenalan konsol terbaru ini secara tidak langsung telah menimbulkan perbulaan hangat di kalangan peminat PlayStation dan Xbox. Melihatkan topik ini yang hangat dibincangkan seluruh dunia, KFC nampaknya tidak menunggu lama dalam memperkenalkan sebuah video memaparkan ‘konsol’ keluaran mereka sekaligus troll peminat kedua-dua jenama konsol ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=Vua0ps1Azq8&feature=emb_title

Meskipun sekadar rekaan, jelas KFC mengambil inspirasi daripada rekaan bucket ayam KFC. Padanan warna hitam dan merah berjaya membuatkan ‘konsol’ ayam ini tampil eksklusif.

Untuk pengetahuan, KFC kini sudah mulai berjinak dengan industri game selepas didapati orang ramai sangat minat dengan watak Colonel Sanders sekaligus memaparkannya menerusi game popular seperti WWE, GTA V dan PUBG. Anda boleh tonton video di bawah dengan lebih lanjut dimana KFC Gaming telah mengongsikan sedutan daripada game yang memaparkan watak Colonel Sanders.

Pada minggu ini KFC Malaysia telah melancarkan menu unik iaitu Zinger Chop khas buat penggemar makanan western.

KFC Lancar Menu Unik Zinger Chop Khas Buat Penggemar Makanan ‘Western’ Bermula Hari Ini

Resipi Ayam Goreng Yang Sedap Dan Senang Khas Buat Penggemar KFC Ini Raih 2.5K ‘Shares’