Sering kali dilabel sebagai negeri yang penuh dengan peniaga dan usahawan, Kelantan pada bulan Februari lalu telah merekodkan kadar pengangguran yang tinggi mencecah 4.1%.

Perkara ini turut disahkan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob di mana data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) itu memaklumkan kadar pengangguran di negeri itu adalah tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.6 peratus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengarah Perkeso negeri Kelantan, Hajah Nora Binti Yaacob. Sumber: facebook Erawan lmw industries

Menurut Nora, memilih kerja antara faktor dikenal pasti menyebabkan kadar pengangguran di Kelantan tinggi.

“Masih terdapat rakyat di negeri ini yang memilih kerja, tidak mahu keluar dari Kelantan dan mahu kerja di negeri sendiri.

“Selain itu, kebanyakan rakyat negeri ini bekerja sendiri dan tidak formal. Faktor ini menyebabkan kadar pengangguran tinggi iaitu 4.6 peratus pada Disember tahun lepas, Januari (4.4 peratus) dan Februari (4.1 peratus),” katanya.

Bagi mengurangkan kadar pengangguran, pihak Perkeso Kelantan bercadang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebanyak mungkin bagi membantu rakyat yang mahu bekerja.

“Sasaran penempatan yang ditetapkan tahun ini adalah 6,800. Tahun lepas kita berjaya capai sasaran apabila berjaya menempatkan 5,500 individu bekerja,” katanya.

Sumber