Semalam baru sahaja diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021. Pastinya pengumuman itu membuatkan ramai orang berasa sedih dan kecewa.

Banyak industri terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19 terutama sekali industri perhotelan dan pelancongan negara. Untuk pengetahuan anda, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak mustahil dengan pelaksanaan PKP sedikit sebanyak akan mempengaruhi dan menyebabkan lebih banyak hotel ditutup. Demi kelansungan hidup, hotel di Pulau Pinang ini mengambil inisiatif dengan menjual makanan di luar premis mereka sebagai memenuhi keperluan.

Menurut laporan Bernama, pengurus Hotel Red Rock, Jeffery Lim terpaksa hadir dengan inisiatif ini agar pekerja-pekerjanya masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan. Menurutnya, ketiadaan pengunjung merupakan faktor utama inisiatif ini dijalankan dan makanan hotel dijual hanya dengan harga serendah RM3 sahaja.

Menu yang dijual adalah mihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam. Berita ini turut berjaya menarik perhatian ramai pihak dan rata-rata kagum dengan usaha yang dilakukan.

https://twitter.com/santeira/status/1356728028542341122?s=28

https://twitter.com/itsclrkhns/status/1356642280812146689?s=28

Mana tidaknya, pengurus hotel turut turun padang untuk membantu para pekerja untuk menjana pendapatan. Terbaharu, Persatuan Hotel Malaysia memberitahu bahawa industri hotel terjejas dengan jumlah tetamu menurun bawah 20% di seluruh negara.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan industri perhotelan dan pelancongan pada pautan di bawah ini.

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?