Untuk menjadi seorang ketua yang baik dan dihormati memerlukan pelbagai pengorbanan yang besar termasuk meluangkan masa mendengar rintihan orang bawahan, mendekati golongan-golongan yang memerlukan serta pandai menyelesaikan masalah.

Seperti kisah yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini, seorang tok batin sanggup membeli motosikal kepada salah seorang penduduknya kerana tidak mahu individu tersebut ditahan kerana didakwa mencuri motosikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tok Batin Kampung Orang Asli Ulu Gerik, Bili Jali berkata, tindakan itu dibuat atas dasar tanggungjawab kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat.

Sumber: Facebook Tok Janggut Puthih

Dalam satu kejadian yang berlaku pada awal Disember lalu, salah seorang penduduk kampung itu menggunakan motosikal seorang penduduk lain kerana mahu mengambil gaji daripada majikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Namun, disebabkan lelaki tersebut tidak tahu jalan pulang, lelaki itu meninggalkan motosikal itu di satu tempat sebelum pulang menaiki bas. Setelah kembali ke tempat itu bersama pemilik motosikal berkenaan, motosikal itu didapati telah tiada.

Sebagai tok batin, Bili berasa bertanggungjawab untuk menggantikan semula motosikal yang hilang itu. Beliau kemudiannya membeli sebuah motosikal Honda EX5 yang terpakai dengan harga RM3,800 dan menyerahkan kepada pemilik motosikal bagi menebus kesilapan penduduk kampung jagaannya.

Sumber: Facebook Tok Janggut Puthih

Menurut Bili, duit tersebut dikumpul bersama adik beradik dan menggunakan elaun ketua kampung untuk membeli motosikal tersebut.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Orang Asli, Mohd Saad Ismail berkata, tindakan dilakukan tok batin tersebut wajar dijadikan contoh kepada pemimpin masyarakat lain.

Kisah tok batin ini turut dikongsi menerusi Facebook Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu yang menganggapnya sebagai wira masyarakat.

Majoriti netizen memuji sikap tanggungjawab tok batin tersebut dan meminta semua pemimpin mencontohi sikap bertanggungjawab yang dipamerkan oleh tok batin ini.

Screenshot (696)

Dikepilkan beberapa artikel yang mampu memberi inspirasi kepada pembaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Pemandu Bas Wanita Ini Kekal Tenang Walau Dimaki Penumpang Kerana Tekan Brek Mengejut

Pelajar Cemerlang UNISZA Ini Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1 Juta

Sumber