Sebelum ini, kisah percintaan antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadainya, Ahmad Iqbal Zulkifli jadi bualan ramai dan dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini tetapi telah pun dibatalkan.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal kini mencari pencipta lagu dan menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja dan mungkin mahu menceburi bidang nyanyian selepas kecewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara tersebut mendapat perhatian Caprice dan menawarkan diri untuk mencipta lagu bersama. Lantaran itu, Iqbal turut bertanya kepada pengikutnya sama ada ‘ok’ untuk dia minta Caprice cipta lagu untuknya.

Tambahnya, dia yang bukan dari industri muzik tidak mahu dilabel merosakkan industri muzik jika tidak mampu bernyanyi dengan baik. Malah, dia juga tidak mahu merosakkan nama komposer.

Pada minggu lalu, teknik nyanyian Agnez Mo jadi bualan netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.  

‘Teknik Nyanyian Patuh SOP’- Persembahan Agnez Mo Yang Kembali Tular Buat Netizen Terpukau

Agensi ‘Pilih Kasih’ Larang Lisa Blackpink Hadiri Minggu Fesyen Paris, Peminat Tuntut Keadilan

‘Selama Ini Kena Tipu Ke?’- Netizen Tergamam Lihat Kek Masih Sempurna Selepas Dibaling Fimie Don