Jika sebelum ini jenama Esprit mengecilkan bilangan butik mereka di seluruh dunia, Zara juga dilihat bakal mengikut langkah yang sama apabila akan menutup 1,200 butik mereka di seluruh dunia.

Keputusan itu dibuat oleh syarikat induk Zara, Inditex yang akan memfokuskan jualan dalam talian selepas jualan mereka terjejas sebanyak 44% kerana COVID-19.

Inditex juga merupakan syarikat induk untuk jenama Bershka, Pull & Bear Dan Massimo Dutti. Jenama lain ini kemungkinan bear turut akan menerima nasib yang sama seperti Zara.

Inditex dijangka akan menfokuskan penutupan butik mereka di Asia dan juga Eropah; bermakna butik Zara di Malaysia juga kemungkinan dalam senarai 1,200 butik yang bakal ditutup.

Walaupun jualan mereka menurun, pembelian menerusi dalam talian meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkat mendadak sejak April lalu.

Dalam pelan bisnes baharu Inditex ini, mereka menjangkakan jualan dalam talian meningkat kepada 25% menjelang 2022, berbanding hanya 14% pada tahun kewangan 2019.

Inditex bukan satu-satunya syarikat yang mahu fokus kepada jualan dalam talian. Esprit juga hanya akan fokus kepada jualan dalam talian selepas ini. Baca lagi pada pautan Di bawah.

Esprit Pula Bakal Tutup Semua Cawangan Di Malaysia Hujung Jun Depan

Berjaya Tioman Resort Bakal Ditutup Selepas Lebih 50 Tahun Beroperasi

Beroperasi Hampir 20 Tahun, Delicious Group Tutup Semua Cawangan Restorannya Secara Rasmi

Sumber